Friday, 25 May 2018

UNDANG-UNDANG ADAT DAN SOGIT TOBILUNG(SERANGAN, UGUTAN & AMARAH)

1.  Menyebabkan kecederaan
Barangsiapa yang menyebabkan kecederaan kepada seseorang tanpa sebab-sebab yang munasabah telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:-

I. Jika luka dan keluar darah
(a) Membayar denda 1 buah tinukul dan
(b) Membayar adat sogit 1 ekor ayam (besar) dan
(c) Membayar adat pulanut 1 bontuk dan
(d) Membayar adat sompol 1 depa kain putih (balasu) dan
(e) Membayar kos perubatan

II. Jika patah tulang mana-mana bahagian tubuh
(a) Membayar adat denda kecederaan 1 ekor kerbau (indung) dan
(b) Membayar  adat sogit 1ekor ayam (besar) dan
(c) Membayar adat sompol 1 depa kain putih (balasu) dan
(d) Membayar kos perubatan

III. Jika buta mata sebelah denda adat sama seperti denda adat di bahagian II

IV. Jika buta kedua-dua belah mata
(a) Membayar adat denda kehilangan mata 2 ekor kerbau (indung) dan
(b) Membayar adat sogit 1 ekor ayam (besar) dan
(c) Membayar adat pulanut 1 bontuk dan
(d) Membayar kos perubatan
NOTA:  PERKARA IV MENYEBABKAN ORANG MENJADI OKU.                                                                                          

2.  Ancaman / Ugutan
Barangsiapa yang mengancam atau mengugut seseorang dengan bunuh atau kecederaan kepada tubuh badan tanpa sebab-sebab yang munasabah telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat tiguras 1 ekor ayam (besar) dan
(b) Membayar adat pulanut 1 bontuk dan
(c) Membayar adat denda 1 buah tinukul.

3. Membangitkan kemarahan
Barangsiapa yang melakukan sebarang perbuatan seperti memperlihatkan simbol atau isyarat-isyarat tertentu atau menyebut sebarang perkataan atau membuat sebarang bunyi yang di tujukan kepada seseorang tanpa sebab-sebab yang munasabah iaitu dengan sengaja atau  niat untuk membangkitkan kemarahan; telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:-

I.  Jika memfitnah
(a) Membayar adat malu 1 buah tinukul dan
(b) membayar adat babas 1 ekor ayam (besar) dan
(c) membayar adat rondot kabang 1 ekor babi atau kambing

II. Jika menyebut nama bapa/ibu yang sudah meninggal
(a) Membayar adat korualan ginawo 1 buah tinukul dan
(b) Membayar sogit namatai 1 ekor sapi atau kerbau (kiadi).

III. Ancaman atau Ugutan (moniguras)
(a) Membayar adat sogit 1 ekor ayam (besar) dan
(b) Membayar adat pulanut 1 bontuk

4.  Menimbulkan Ketakutan atau mongindorosi
Barangsiapa yang melakukan sebarang perbuatan atau menyebut sebarang perkataan tanpa sebab-sebab yang munasabahiaitu dengan sengaja dan niat menakut-nakutkan seseorang telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat korualan ginawo 1 buah tinukul dan
(b) Membayar adat sogit 1 ekor ayam (besar) dan
(c ) Membayar adat pulanut 1 bontuk.



Sumber;-
~kokian, koduan om kemeleangan dagai.
~Buku adat2 Tobilung

No comments:

Post a Comment