Friday 25 May 2018

SABAH AKA NORTH BORNEO

Pengenalan
Salah satu daripada 3 tonggak pembentukkan Malaysia yang terletak di utara pulau Borneo, iaitu pulau ketiga yang terbesar di duniaIbu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Sabah juga sering dirujuk sebagai "Negeri di Bawah Bayu" kerana kedudukan negeri tersebut yang sangat strategik di bawah laluan angin monsun.

Asal Usul
Asal-usul nama "Sabah" dikatakan kurang jelas, dan terdapat banyak teori yang telah timbul. Salah satu contoh teori ialah ketika Sabah masih di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, ia dirujuk sebagai Saba kerana kehadiran pisang saba, nama sejenis pisang yang dinamakan 'pisang Saba' oleh masyarakat Bajau kerana pisang tersebut banyak sekali ditanam di sekitar pantai barat Sabah. Pisang ini juga dikenali sebagai 'pisang menurun' oleh masyarakat tempatan di kawasan berkenaan yang mana terdapat perbezaan antara 'pisang Saba' dan pisang lain yang terdapat di sekitar Kepulauan Borneo. Disebabkan juga lokasi Sabah yang berhubung dengan Brunei, telah dikatakan bahawa Sabahialah perkataan Melayu Brunei yang bermaksud hulu atau sebelah utara sungai. Satu lagi teori mengatakan bahawa ia datang daripada Sabak, perkataan Melayu yang ertinya tempat di mana gula kabung diekstrak. Sabah juga merupakan perkataan Arab yang bermaksud matahari terbit. Kehadiran pelbagai teori ini menjadikan ia sukar untuk menentukan asal sebenar nama negeri ini.

Geografi
Bahagian barat Sabah amnya adalah kawasan pergunungan dengan Banjaran Crocker merupakan banjaran yang mempunyai tinggi sekitar 1,000 hingga 4,000 meter. Pada ketinggian 4,095 meter, Gunung Kinabalu merupakan gunung yang tertinggi di Kepulauan Melayu (tidak termasuk New Guinea) dan diiktiraf sebagai gunung yang kesepuluh tertinggi di Asia Tenggara

Hutan belantara di Sabah dikategorikan sebagai hutan hujan tropika dan merupakan tuan rumah kepada pelbagai jenis tumbuhan dan hidupan liar. Taman Negara Kinabalu telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 2000 kerana kekayaannya dalam kepelbagaian tumbuhan, juga digabungkan dengan keadaan geologi, topografi serta iklim yang unik.
Berada berdekatan Gunung Kinabalu ialah Gunung Tambuyukon yang mempunyai ketinggian 2,579 meter dan merupakan puncak ketiga tertinggi di negeri ini. Bersebelahan dengan Banjaran Crocker pula ialah Banjaran Trusmadi dengan puncaknya Gunung Trusmadi yang merupakan gunung kedua tertinggi di negeri ini selepas Gunung Kinabalu dengan ketinggian 2,642 meter.

Pemandangan di Ranau yang sememangnya terkenal dengan kawasan bergunung-ganang.
Bahagian tengah dan timur Sabah secara amnya terdiri daripada banjaran gunung, dataran dan juga bukit. Sungai Kinabatangan bermula dari banjaran melalui kawasan tengah ke arah pantai timur sehinggalah keluar ke Laut Sulu. Ia adalah sungai kedua terpanjang di Malaysia selepas Sungai Rajangyang terdapat di Sarawak. Hutan di sekeliling lembah sungai juga mengandungi pelbagai habitat hidupan liar.
Lain-lain kawasan hidupan liar yang penting di Sabah termasuk Lembangan MaliauLembah DanumTabin, Imbak Canyon dan Sepilok. Tempat-tempat ini adalah sama ada ditetapkan sebagai taman negara, rizab hidupan liar, hutan rizab, atau hutan simpan.
Lebih tiga suku daripada penduduk manusia mendiami dataran pantai. Bandar-bandar utama dan pusat bandar telah tumbuh di sepanjang pantai Sabah. Kawasan pedalaman masih jarang berpenghuni dan lebih tertumpu kepada perkampungan sahaja.
Sabah terdiri dari lima bahagian yang seterusnya dibahagikan lagi kepada 25 daerah.
BilNama BahagianDaerahLuas (km²)Populasi (2010)[41]
1Kota KinabaluKota BeludKota KinabaluPaparPenampangPutatanRanauTuaran7,5881,067,589
2KeningauBeaufortNabawanKeningauKuala PenyuSipitangTambunanTenom18,298424,534
3KudatKota MaruduKudatPitas4,623192,457
4SandakanBeluranKinabatanganSandakanTongod28,205702,207
5TawauKunakLahad DatuSempornaTawau14,905819,955
Bangsa
Rakyat Sabah dibahagikan kepada 32 kumpulan etnik, di mana hanya 28 diiktiraf sebagai Bumiputera, atau pribumi. 
Kumpulan etnik terbesar yang bukan bumiputera adalah Bangsa Cina Han sebanyak (13.2%). Manakala dialek Cina yang berpengaruh di Sabah adalah Hakka dan diikuti oleh Kantonis dan Hokkien. Kebanyakan penempatan orang Cina di Sabah tertumpu di bandar dan pekan utama, iaitu di Kota KinabaluSandakan dan juga Tawau. Kumpulan etnik pribumi yang terbesar di Sabah ialah Kadazan-Dusun, diikuti dengan BajauBrunei dan Murut. Terdapat juga sebilangan kecil kaum India dan lain-lain bangsa Asia di Sabah berbanding di Semenanjung MalaysiaOrang Cocos dan Tidong juga merupakan salah satu etnik minoriti yang tinggal di Sabah terutamanya di Bahagian Tawau. Secara umumnya, semua orang yang datang dari Sabah dikenali sebagai "Orang Sabah" atau (Sabahandalam bahasa Inggeris) dan mereka juga menganggap diri mereka seperti itu.
Demografi Sabah terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, antaranya:
Lain-lain bangsa:
Budaya
Penduduk negeri ini terdiri dari berbagai kaum dengan latar belakang kebudayaan masing-masing. Penduduk aslinya terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan dengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek. Antaranya ialah KadazandusunBajauMelayu BruneiMurutKedayanBisayaIrranunRungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Suluk dan lain-lain.
Ekonomi
Ekonomi negeri Sabah bergantung pada tiga sektor utama iaitu pembuatan, pertanianpembalakan dan pelancongan. Petroleum dan minyak sawit kekal sebagai dua komoditi yang paling banyak dieksport. Import Sabah paling utama ialah dalam industri automotifproduk petroleumbajamakanan serta barangan perkilangan.
Populasi
Populasi di Borneo Utara – Statistik 1960
(sekarang Sabah dan Labuan)
PopulasiPeratus
Kadazan-Dusun
  
32%
Murut
  
4.9%
Bajau
  
13.1%
Melayu Brunei
  
0.4%
Lain-lain bangsa Muslim
  
15.8%
Orang Indonesia
  
5.5%
Orang Filipina
  
1.6%
Cina
  
23%
Sumber: Borneo Utara British (1961)
Penduduk Sabah meningkat sebanyak 651,304 pada tahun 1970 dan meningkat lagi kepada 929,299 selepas sedekad. Tetapi dalam dua dekad selepas tahun 1980, populasi penduduk negeri ini meningkat dengan sangat ketara dengan mempunyai penduduk sebanyak 1.5 juta secara mengejut dan mencapai 2,468,246 menjelang tahun 2000. Sehingga tahun 2010, bilangan ini telah berkembang lagi sehingga 3,117,405, dengan warga asing yang menjadikan 27% daripada jumlah populasi di negeri ini.

Jumlah penduduk Sabah pada tahun 2010 adalah 3,117,405 dan menunjukkan lebih daripada 400 peratus peningkatan dari jumlah populasi pada tahun 1970 yang sebanyak 651,304. . Sabah mempunyai kadar pertumbuhan tertinggi penduduk di negara ini sebagai salah satu hasil daripada pendatang tanpa izin melalui Projek IC yang kebanyakannya datang dari wilayah-wilayah Islam di selatan Filipina. Dan, kini penduduk Sabah yang kebanyakannya beragama Kristian hanya menjadi kelompok minoriti dalam tanah air mereka sendiri. Oleh itu, pada 1 Jun 2012, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan persekutuan telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah yang berkaitan.
Populasi di Sabah – Statistik 2010
PopulasiPeratus
Kadazan-Dusun
  
17.82%
Murut
  
3.22%
Bajau
  
14%
Melayu Brunei
  
5.71%
Lain-lain bumiputera
  
20.56%
Cina
  
9.11%
Lain-lain bukan bumiputera
  
1.5%
Warga Asing
  
27.81%
Sumber: Jabatan Perangkaan, Malaysia.
Populasi yang dianggarkan berdasarkan kumpulan etnik pada tahun 2010 adalah seperti berikut:
  • Kadazan-Dusun: 17.82% (555,647)
  • Bajau: 14% (436,672)
  • Melayu Brunei: 5.71% (178,029)
  • Murut: 3.22% (100,631)
  • Lain-lain bumiputera:[70] 20.56% (640,964) – yang meliputi kaum Rungus, Iranun, Bisaya, Tatana, Lun Bawang dan Lun Dayeh, Tindal, Tobilung, Kimaragang, Suluk, Ubian, Tagal, Timogun, Nabay, KedayanOrang Sungai, Makiang, Minokok, Mangka’ak, Lobu, Bonggi, Tidong, Bugis, Ida’an (Idahan), Begahak, Kagayan, Talantang, Tinagas, Banjar, Gana, Kuijau, Tombonuo, Dumpas, Peluan, Baukan, Sino, Jawa
  • Cina (majoriti Hakka): 9.11% (284,049)
  • Lain-lain bukan bumiputera: 1.5% (47,052)
  • Warga Asing (Filipina, Indonesia): 27.81% (867,190)

Sumber: 
~wikipedia/Sabah
~MA63

No comments:

Post a Comment