Friday, 25 May 2018

SENARAI ISTILAH DAN TAFSIRAN UNDANG-UNDANG ADAT DAN SOGIT TOBILUNG

SENARAI ISTILAH.

1.Adat 
- Peraturan / Undang – undang.

2.Sogit 
- Denda ,Pendingin atau imbangan. Sejenis hukuman; dikenakan kepada seseorang apabila melakukan kesalahan merosakkan harta benda atau mencederakan seseorang.

3.Babas 
- Sogit pemberian mengikut adat yang bertujuan untuk mengekalkan tali persaudaraan.

4.Tonduk 
- Suatu benda kayu yang ditajamkan sebelah atas kemudian dipancakkan di atas tanah dekat pokok buah-buahan dan hujungnya menunjuk ke arah pokok buah-buahan menandakan tiada sesiapa berani mengambil atau mencuri buah – buahan tersebut.

5.Pagon 
- Benda berduri diikatpada pokok buah-buahan supaya tidak ada yang mencuri buah-buahannya.

6.Adat Malu 
-Suatu pampasan adat berkenaan apa-apa yang menjadikan pihak terkilan kepada kejatuhan berkaitan dengan maruah, keaiban, kehinaan atau hilang kehormatan dihadapan saudara – mara atau masyarakat.

7.Koimanan 
-Suatu kerugian atau ganti rugi yang ditanggung disebabkan kemungkiran janji untuk melaksanakan suatu perbuatan.

8.Kotoliban 
-Pampasan adat yang perlu dibayar oleh adik yang berkahwin sebelum kakaknya.

9.Lapau 
-Adat kepanasan kepada suami atau isteri yang melakukan persetubuhan dengan orang lain iaitu membayar adat lapau sebagai pendingin.

10.Solod 
-Mengahwini isteri orang lain.

11.Monolod 
-Seorang perempuan yang berkahwin seorang lelaki yang adalah suami orang lain.

12.Miakan 
-Persetubuhan haram diantara orang-orang yang belum berkahwin.

13.Momuod 
- Adat berkabong kerana kematian suami atau isteri.

14.Mongindorosi 
- Perbuatan, perkataan, bunyi atau isyarat yang bertujuan hendak mengancam dengan kecederaan, kematian atau ketakutan.

15.Mongintinggon 
- Perbuatan , perkataan, bunyi atau isyarat yang bertujuan hendak memalukan atau membangkitkan kemarahan.

16.Pitas 
- Adat pemutus tali persaudaraan yang hendak berkahwin.

17.Sumbang 
- Adat kepanasan kerana saudara kadim bersetubuh.

18.Lapau Namatai 
- Adat tertindeh kepada si mati.

19.Mengintulus 
- Kata-kata yang bertujuan supaya seseorang itu mati.

20.Adat Koyomutan
- Adat pembersih kerana terminum atau mandi di sungai, kolam atau perigi yang dibubuh oleh orang lain apa-apa jenis kekotoran seperti bangkai.

21.Mintoronong 
- Perbuatan khianat.

22.Moniguras 
- Perbuatan mengancam seseorang dengan menggunakan parang, kayu atau sebagainya seperti memotong rumah, pagar, tanaman atau sebagainya.

23.Adat Raat Ginawo
 - Adat pendingin kepada seseorang yang sakit hati kerana perbuatan yang tidak baik.

24.Bontuk
- Gelang yang diperbuat daripada luyang atau tembaga.

25.Mibusul 
- Perbuatan sumbang sejenis lelaki,homoseks.

26.Milokop
- Perbuatan sumbang sejenis perempuan, lesbian.

27.Keemomolian
- Suatu perbuatan yang tidak minta izin.

28.Labot
- Membuat rumah atau menebas ladang yang tidak siap kemudian ditinggalkan sehingga mendatangkan hantu labot.

29.Peeimamang
- Perbuatan yang berniat menganiaya seseorang.

30.Gumundala
- Ingkar janji.

31.Momudali
- Membuat tuduhan atau membuat kenyataan yang direka-reka dan palsu.

32.Solob
- Patung peliharaan bertujuan menghimpunkan iblis / syaitan untuk kepentingan sendiri,kemudian dijadikan sebagai kawan untuk menyembuhkan penyakit atau sebagainya.

33.Kosugkuan
 - Suatu perkahwinan dua orang lelaki yang datang dari keluarga yang sama berkahwin sama-sama kepada dua orang perempuan yang adalah sekeluarga.

34.Wayud
- Bayaran tambahan kepada orang yang mencuri dan membunuh binatang ternakan.

35.Adat Kababaaan
 - Adat perkahwinan yang ianya menjadi pengimbang.

36.Bangun
- Adat imbang atas kematian seseorang.

37.Adat Pulanut
 - Adat pemberian sebagai pekeras kepada adat sogit.

38.Adat Sonsol
- Adat inbangan jika berlaku kematian seseorang kerana perbuatan yang tidak disengajakan.

39.Miginawo
- Bercinta sebelum ada pertunangan.

40.Adat Pisukud
- Adat pekaras, adat perinding dan penolak kepanasan akibat membicarakan kedua pasangan lelaki dan perempuan yang sudah berhubungan sulit sebelum tunang dan berkahwin.

41.Karis Kiulu Sawan
- Keris atau gayang yang berkepala atau berulu gading gajah.

42.Gook
- Perkataan yang main-main dan boleh menyinggung perasaan orang lain.

43.Adat Purondom
- Adat satu depa kain hitam untuk orang bobolian.

44.Adat Sompol
- Adat satu depa kain putih untuk diberi kepada orang luka kerana dicederakan oleh orang.

45.Adat Kelikadan Dilah
- Adat diberi kepada ketua kampung kerana minta cerai tetapi kembali lagi dengan isterinya tanpa merujuk kepada Ketua Kampung.

46.Loting
- Adat tanda rumah yang tidak boleh dinaiki oleh orang lain kerana baru selesai upacara mengaji.

47.Keemuat
- Kata-kata yang menyebut kemaluam lelaki atau perempuan.

48.Adat Monoliduk
- Perbuatan seorang lelaki atau perempuan iaitu mengintip seseorang yang sedang mandi atau sedang tidur di dalam bilik.

49.Modsongodou
- Upacara mengaji dengan tujuan perubatan tradisional.

50.Popotogod 
- Membangkitkan kemarahan seseorang dengan cuba mengancam atau menyebut apa-apa perkataan yang tidak baik.

51.Adat Kotigagan
- Seseorang yang terkejut kerana melihat mayat di rumah, di ladang atau di sawah.

52.Kawantayan
- Seseorang yang mati di rumah orang yang adalah bukan saudara kadimnya. Saudara kadim si mati dikenakan membayar adat pendingin atau adat kawantayan.

53.Adat Keenggoritan
- Adat pemulih seseorang yang amat ketakutan akibat perbuataan orang yang cuba mengancam dengan kayu, parang dan sebagainya.

54.Adat Lakat
- Adat pendingin rumah yang ianya kematian seseorang yang adalah bukan saudara kadim.

55.Adat Kesulangan
- Adat pemberian kepada bobolian kerana gangguan semasa upacara mengaji seperti momurineet.

56.Kotulud Sunduwan 
- Seseorang yang amat terkejut kerana melihat perbuatan seseorang yang cuba mengancam.

57.Pangayam 
- Babi, kambing, lembu dan kerbau.

58.Unggas 
- Ayam

59.Gayo Babut 
- Adat kepanasan kepada orang tua kerana perkahwinan dua pasangan di mana ada terdapat tali persaudaraan si lelaki adalah anak kemanakan dan si perempuan adalah cucu kepada orang tua tersebut.

60.Popiasa 
- seseorang membuat penyataan palsu bertujuan menfitnah.

61.Monginggorit 
- Memuji bayi atau anak kerana kegemukan atau kecantikan.

62.Rondot Kabang 
- Kesalahan akibat membuat penyataan palsu dengan tujuan menfitnah.

63.Magawor 
- Memasuki bilik tidur perempuan dengan tujuan hendak merogol.

64.Mengorindang 
- Perbuatan khianat bertujuan hendak meruntuhkan rumahtangga orang.

65.Koonsipan 
- Tersepit, perlanggaran adat dalam perkahwinan dua pasangan di mana terdapat tali persaudaraan diantara kedua-dua pihak.

66.Memulansung 
- Seseorang yang mahu mengahwini seseorang gadis secara paksa.

67.Poposumboh 
- Menyakitkan seseorang dengan cara menyuruh syaitan atau iblis.

68.Mipopol 
-Bersumpah dengan bertujuan menegakkan kebenaran.

69.Mongimuntang 
- Menyebut perkataan lucah dengan tujuan memalukan seseorang.

70.Ketulang 
- Bayaran ganti rugi mengikut adat.

71.Sinandangaan 
- Kerbau, gong, tinukul, sumbul, gadur dan salapa.

72.Adat Namatai 
- Sogit orang mati (Roh)



Sumber;-
~kokian, koduan om kemeleangan dagai.
~Buku adat2 Tobilung

No comments:

Post a Comment