Tuesday, 5 June 2018

DUSUNIK BORNEO: SUKU TOBILUNG

Tobilung, adalah sub-kumpulan dari etnik Kadazan-Dusun yang terdapat di Sabah, Malaysia. Penempatan suku ini terletak di pertengahan antara Kota Belud dan Kota Marudu, dan di kawasan Kudat.

Kaum Kadazan-Dusun merupakan kaum Bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional yang mana akan kita lihat di masa perayaan Pesta Kaamatan yang dirayakan 30-31 Mei setiap tahun. Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik.

Terdapat lebih dari 30 etnik dalam rangkaian suku kaum Kadazan dan Dusun di Sabah dimana suku Tobilung merupakan salah satu etnik keluarga Kadazan-Dusun tersebut. Mungkin sebelum ini suku Tobilung kurang dikenali dikalangan masyarakat umum disebabkan suku ini terselindung di bawah nama etnik Dusun.

Ratusan tahun yang lalu, seperti yang kita sedia ketahui nenek moyang Kadazan-Dusun imendiami sebuah rumah panjang yang letaknua di pertemuan Sungai Liwagu Kogibangan(Cabang Kiri), Liwagu Kawanan (Cabang kanan) dan Sungai Labuk. Terdapat 10 pintu keluarga pada Rumah Panjang tersebut yang letaknya di bawah sepohon kayu ara besar berkulit kemerah-merahan atau lebih dikenali sebagai "NUNUK RAGANG" di Sabah. Masyarakat Nunuk Ragang berkembang dan melalui suatu evolusi sosial dan 10 pintu keluarga rumah panjang menjadi asas bagi pertumbuhan dan perkembangan bagi suku-suku dikalangan kaum Kadazan-Dusun yang kini melebihi 30 etnik. Setelah rumah panjang di Nunuk Ragang tidak lagi mampu menempatkan semua keturunan maka mereka mengadakan "pitimburungakan" dan suatu keputusan dicapai untuk menbahagi-bagikan kawasan tanah di sekitar Nunuk ragang. Suku kaum masing-masing memilih kawasan tanah penempatan dan pembinaan rumah sesuai dengan pekerjaan yang dilakukan. Mereka yang tidak mendapat kawasan di area Nunuk ragang memilih kawasan penempatan di bahagian luar.



Pokok Kayu Ara

Rumah Panjang



Maka dengan itu Pemimpin suku kaum Dusun Tobilung yang bergelar Woyoon Guminggon membawa rombongannya meninggalkan Nunuk Ragang dan akhirnya mereka sampai di suatu tempat yang dipanggil Inanam. Di situ mereka terpaksa berhenti kerana cucu perempuannya tengah sarat mengandung. Walaubagaimanapun anaknya Tombolung dan isteri serta anak-anak mereka iaitu Lajou, Bujang, Gumandang dan Sagonggoh tidak sabar untuk meneruskan perjalanan. Dengan itu mereka meneruskan perjalanan yang mana turut disertai oleh adik Tombolung iaitu Lakou. Tombolung dan rombongannya berjanji untuk meletakkan kukurungan(Tempat Ayam Bertelur) sebagai tanda pada setiap jalan yang mereka lalui jika terdapa persimpangan.

Setelah berhari-hari meredah hutan belukar, akhirnya rombongan Tombolung sampai di suatu tempat yang dipanggil Pandasan. Tombolung memutuskan untuk menetap disitu dan bercucuk tanam sambuk menunggu rombongan ayahnya. Setelah bercucuk tanam selama tiga kali bersamaan 3 tahun ayahnya tidak juga muncul-muncul, isterinya mula jatuh sakit lalu meninggal dunia. Tombolunh akhirnya membuat keputusan untuk berpindah sekali lagi. Mereka telah menuju ke utara dan sampai di puncak bukit, mereka melihat seekor burung helang terbang sambil "menari"lalu hinggap di dahan kayu yang besar, dimana terdapat sarang burung tersebut. Tombolung berasa selesa dengan tempat itu lalu beliau memilih tempat tersebut untuk memulakan hidup baru dan menamalam tempat itu sebagai "Nuluw Rumun" bermaksud Bukit Sarang. Bukit berkenaan berada di dalam Kg. Dudar, Kota Belud. Setelah bertahun lamanya, Tombolung pula jatuh sakit lalu meninggal dunia menyebabkan adiknya Lakou dan anak-anaknya berpisah mengikut haluan masing-masing. Bujang dan Gumandang berpindah ke Kamalaan yang kini dikenali sebagai Kg.Sarang, Kota Belud, sementara Lajou dan Sagonggoh berpindah ke lapai yang kini dikenali sebagai Kg. Menggaris, Kota Marudu, dan Lakou pula telah membuka ladang di Tinongkuban seluas 7 bukit. Beliau seorang yang gagah dan kononnya saiz dadanya selebar 7 jangkal. Lakou telah meninggal dunia di Kg. Timbang, Kota Belud dan makamnya masih boleh dilihat sehingga kini.

Manakala Woyoon Guminggon dan rombongannya dipercayao telah sesaat di sekita inanam disebabkan tanda tersalah letak. Oleh sebab itu, kumpulan tersebut menetap di inanam sehingga kini. Menurut mendiang NC Ampau Bumbungan yang berasal dari Kg. Timbang, Kota Belud menceritakan bahawa beliau pernah menunggang kuda untuk ke Jesselton sekitar tahun 1950an beliau terdengar paluan gong suku kaum Dusun Tobilunh di Inanam. Walaubagaimanapun beliau tidak pula pergi ke tempat berkenaan kerana bimbangkan keselamatan, maka terpisahlah dua kumpulan Dusun Tobilung itu sehingga kini.

Mendiang NC Ampau Bin Bumbungan adalah antara tokoh suku kaum Tobilung yang berasal dari Kg. Dudar, Kota Belud. Mendiang merupakan anak watan suku Tobilung yang pertama dilantik sebagai Native Chief (Ketua Anak Negeri) dalam Mahkamah Anak Negeri Daerah Kota Belud.

*Menurut cerita orang-orang tua, tarian burung helang ketika rombongan Tombolung sampai di Nuluw Rumun menjadi inspirasi kepada rombongan golongan wanita itu sehingga terciptanya "Tarian Mongigol"yang menjadi tarian Suku Kaum Tobilung sehingga kini.


Sumber:
1. Persatuan Tobilung Bersatu Sabah.

sekian,
~Odie de Kodyez~




HIMPUNAN DUSUNIK DI BORNEO


BAH! kali ini mari saya perkenalkan serbah sedikit rumpun-rumpun dialek dalam bahasa Dusunik di Borneo. Dalam rumpun-rumpun dialek ini ada suku-suku lagi didalamnya yang kita sedia maklum memang banyak  sehingga mencecah 60 suku. Dijadikan cerita kita pada post kali ini, saya akan memberi beberapa contoh suku saja dalam satu rumpun dialek Dusunik.

Populasi kaum Dusunik kebanyakannya terdaapat di Sabah, iaitu sekitar 80%-90%, sementara 10%-20% lagi menetap di Sarawak dan Brunei. Jumlah etnik Dusunik di seluruh Borneo pada tahun 2018 adalah sekitar 700 ribu hingga 1 juta orang.. huh buli tahan ramai juga kan. Pada umumnya, para pakar ilmu bahasa membahagikan dialek-dialek Dusunik kepada 5 rumpoun iaitu:

1. Dusun Tengah (Central Dusun)
2. Dusun Pesisir (Coastal Dusun)
3. Dusun labuk (Labuk Dusun)
4. Dusun Momogun (Momogun Dusun)
5. Bisaya-Lotud


Sumber Rujukan:
1. Philippine and North Bornean Language: Issues in descriptiom, subgrouping and reconstruction, J.W.                   lobel, 2013.
2. Southwest Sabah revisited, J.W.Lobel, 2013
3. the Language of Borneo: A Comperhensive Classification, Alexanderr D. Smith, 2017.




sekian,
~Odie de Kodyez~

Monday, 4 June 2018

CHINA CANTON FAIR

Tergerak pula hati ini mau share sedikit pengalaman menghadirkan diri ke Canton Fair atau Pameran prodak2 baru dari seluruh dunia yang bertempat di Canton, China.






Sebelum menghadir Canton Fair ini, sememangnya saya dan suami selalu juga ke China untuk mencari prodak2 baru dalam bidang pembinaan dan pertanian, membantu dan membawa pelanggan untuk membeli perabot rumah mereka, membantu dan membawa pelanggan mencari barang perhiasan rumah dan banyak lagi lah..dalam setahun memang akan 3-4 kali akan terbang ke China. Jadi untuk process kemasukan ke china memang tiada masalah bagi kami sebab Visa pun dah siap sedia, tapi untuk menghadiri Canton Fair ni kena ada Pass kemasukan baru boleh masuk kawasan pameran tu..jadi kena apply lah siap2.

Sebelum saya teruskan, saya akan kongsikan serba sedikit cara memohon pas kemasukan ke China iaitu Visa, dan juga pass kemasukan ke kawasan Canton Fair.

1. Jadual Canton Fair
- Untuk menghadiri Canton Fair ni, kita kena memeriksa jadual Canton Fair sebab ada 3 fasa kesemuanya dan setiap fasa ini berlangsung 4-5hari. Fasa 1 biasanya dijadualkan di awal tahun dalam Bulan april, Fasa 2 dijadualkan dihujung Bulan April/awal bulan May dan Fasa 3 dalam Bulan 6. Kadang2 Canton Fair akan diadakan setahun 2 kali.

2. Tiket Kapal Terbang
- Selepas mendapat dan menetapkan jadual Canton Fair, sebaiknya terus membeli tiket kapal terbang untuk mengelakkan kenaikkan harga tiket, macam kami beli tiket setahun lebih awal dan harga tiket masa tu RM500 seorang dari BKI(termasuk makan,luggage,seat Flight: Airasia).

3. HOTEL
-Tempat tinggal jangan lupa booking juga...sebab harga hotel akan naik secara mendadak dan hotel2 yang murah memang cepat sold out, dan kalau nak jimat kenalah booking awal ya.
- Tinggallah di tempat yang ada shuttle bas pergi Canton Fair, jimat!!

4. Pendaftaran Canton Fair
-Pendaftaran untuk menghadiri Canton Fair ni adalah diwajibkan dan hanya mereka yang mempunyai Name Tag sahaja dibenarkan masuk. Untuk masuk ke Canton Fair tu kena beratur untuk scan name tag masing2 dan security akan check gambar yang ada dalam sistem mereka sama atau tidak dengan muka kita dalam cctv di scanning area..ini suami saya kena sekali bila scanning security tu error dan muka si suami tidak keluar dalam system dan disanalah si suami keluar-masuk scanning area hahaha. Dan process pendaftaran ni  boleh dibuat di Pejabat pendaftaran Canton Fair, Online atau di Hotel2 yang dilantik oleh Penganjur Canton Fair.
-Untuk pendaftaran ni saya cadangkan supaya mendaftar secara Online secara percuma, dimana kita boleh jimat RMB100(MYR63). Bukan Jimat duit saja tapi kita tidak buang masa untuk berbaris di sana nanti.



5. VISA
- Untuk memohon kemasukan ke China kita kena ada Visa yang sah yang mana kita kena memohon sedia di China embassy yang berada di malaysia. Cthnya di Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Lumpur.
- Document yang diperlukan adalah Passport yang masih sah selama 6 bulan, 1 keping Gambar berukuran passport(actual size boleh rujuk dalam website china consulate ya), Borang(yang boleh download dalam website china consulate), Tiket kapal terbang, Booking Hotel, Invitation letter untuk Canton Fair.

6. NAME BADGE
-Jikalau membuat pendaftaran secara online, lagi baik terus apply name badge sekali. Untuk pengambilan Name Badge tu pula boleh ambil di mana2 appointed Hotel oleh Canton Fair atau pun terus ke pejabat pendaftaran Canton Fair, tapi kalau ke pejabat pendaftaran canton fair memang kena berbaris lah then kena tunggu at least 1-2 jam. Saya cadangkan terus ke Appointed hotel atau kalau tinggal di appointed hotel lagi senang kerja. hehehe.
Kita berbaris selama 2 jam untuk dapatkan Name Badge huhu
Contoh Name Badge untuk kemasukan ke Canton Fair



Semasa berada di Canton Fair tu memang banyak prodak2 baru dari berbagai syarikat serata China juga dari luar, jadi saya akan kongsikan sedikit tips disini untuk membantu kamu lah ya..

1. Kita tidak perlu pun membeli barang mereka jika kita masih belum yakin.
2. Kita kena bawa Name card sendiri, sebab sesetengah syarikat tu tidak akan memberi katalog jika tidak        mendapat namecard cari kita.
3. Download lah aplikasi Wechat, sebab di china wechat memang popular sekali, malah mereka menjadikan      wechat sebagai tempat mereka berniaga, jadi rajin2 lah add wechat dorg untuk dapatkan info prodak            mereka...manatau tersangkut dengan amoi2 china...uisshh bebeh tau gadis2 china.
4. Kalau planning nak ambil katalog dari mereka..kenalah sediakan luggage kecil/sederhana. sebab                    syarikat2 yang ada di sana bukan 20-30 tapi dekat ribu juga..penat baitu angkat beg penuh katalog....          bagus lagi pakai luggage main tarik2 saja.
5. Kalau nak beli sim-card china, boleh beli di airport dengan harga RMB150-RMB180 kalau tak silap,            tapi saya beli dekat kedai2 tepi jalan saja harga dia dalam RMB90-100. Simcard ni akan tamat selepas        3bulan selepas activate..walaupun kita reload tiap bulan..kalau mau yang tidak tamat punya..kena tanya        penjual tepi jalan tu...normally dorg ada jual juga tapi secara illegal lah, kena tanya baru kasi keluar tak          tanya diam2..dia bagi kita yang biasa punya sama juga macam yang kita beli di airport akan tamat dalam        masa 3 bulan. Tapi harga simcard tu memang mahal dalam RMB190-RMB200 sebab penjual tu cakap        dorg pakai IC orang local disana untuk register tu nombor..jadi selagi kita reload selagi itulah dia tidak          akan tamat.
6. Kena tukar matawang China sedia..dan kalau mau bawa duit emergency jangan bawa MYR... MYR nda      laku di china hahahaha...dorg terima US Dollar dan seanggkatan dengannya saja.
7. Just in case kita kehabisan duit RMB tapi kita ada duit emergency, kebanyakan bank tidak akan                    membenarkan kita tukar duit jika kita tidak mempunyai bank account dengan mereka...jadi satu2nya            Bank yang membenarkan kita menukar duit tanpa membuka akaun dengan mereka adalah ABC Bank,          yang ini kami round satu Guangzhou mencari bank yang buka pada hari Sabtu.
8. Ada juga tempat lain untuk tukar duit iaitu di mall belakang Guangzhou south railway station tapi.....ya            ampun mahal dorg jual. Sebaiknya pergi bank untuk tukar sebab ikut rate semasa.
9. Lagi satu jangan lupa pakai kasut yang selesa, Bawa payung atau pun baju hujan. sebelum tu kena check      juga cuaca disana untuk persediaan baju manatau sejuk kan...macam kawan kami saturang..sudah di            inform bawa baju tahan sejuk..dibawanya jaket nipis..lepas tu pakai seluar pendek lagi, nah sekali sampai      Guangzhou merungut tidak pakai jaket tebal dan seluar panjang hahaha.


Oklah..sampai sini saja untuk hari ini..kalau ada sebarang pertanyaan just komen saja di bawah ya...

sekian,
~Odie de Kodyez~

Friday, 25 May 2018

PESTA KAAMATAN/TADAU KAAMATAN

Image result for pesta kaamatan
Bulan Mei kembali lagi dan buat anda yang berada di Borneo, Mei bermaksud Pesta Kaamatan bakal menjelma....
Pesta kaamatan ataupun Tadau Kaamatan merupakan salah satu perayaan yang penting dan bermakna kepada masyarakat Kadazan Dusun di Sabah.
Ia telah di rayakan dari turun temurun dari nenek moyang hingga hari ini. Tadau Kaamatan di rayakan setiap tahun pada bulan Mei dimana seluruh daerah di Sabah akan mengadakan Tadau Kaamatan di tempat masing-masing sebelum kemuncak perayaan tersebut di Hongkod Koisaan, Kadazandusun Cultural Association pada 30 dan 31 Mei.
Permulaan Tadau Kaamatan

kaamatan
Image result for magambawon

Tadau Kaamatan di rayakan sebagai tanda kesyukuran kepada semangat padi iaitu Bambarayon selepas habis tuaian padi dan memperingati semangat pengorbanan Huminodun untuk menurunkan hujan.
Pada ketika dulu, terdapat sebuah kampung yang sangat aman dan damai di mana mempunyai tanaman padi dan buah-buahan yang subur. Pada suatu hari, kemarau panjang telah melanda kampung tersebut dan menyebabkan semua tanaman padi dan buah-buahan mati dan sungai menjadi kering.
Seluruh penduduk kampung merasa risau kerana mereka akan kehabisan makanan dan air jika kemarau masih berterusan.
Melihat keadaan yang teruk, Kinorohingan memanggil Bobolian untuk melihat keadaan tersebut. Kinorohingan dan isterinya, Sumundu merupakan seorang pemimpin di kampung tersebut dan mempunyai seorang anak perempuan iaitu Huminodun.
Semasa dalam upacaranya, Bobolian tersebut memberitahu Kinorohingan dimana kemarau tersebut akan berhenti sekiranya tanah bumi di basahi dengan darah seseorang yang mempunyai cintakasih yang tinggi terhadap semua.
Huminodun yang turut serta dalam upacara tersebut mendengar syarat yang diberi oleh Bobolian tersebut. Huminodun yang sudah merasai segala penderitaan yang di alami oleh penduduk kampungnya membuat refleksi yang sangat mendalam terhadap syarat yang telah diberikan oleh Bobolian tersebut.
Dia mahukan keamanan dan kegembiran kembali semula di kampung tersebut. Selepas membuat refleksi yang mendalam, Huminodun berjumpa dengan Kinorohingan dan Sumundu dan memberitahu mereka bahawa dia sanggup mengorbankan dirinya untuk menghentikan kemarau dan menurunkan hujan.
Kinorohingan dan Sumundu sangat sedih dengan permintaan Huminodun tetapi mereka tidak dapat menghalang kemahuannya. Keesokannya harinya, Kinorohingan dan Sumundu mengadakan perkumpulan dengan seluruh penduduk kampung dan memberitahu tentang permintaan Huminodun.
Hampir kesemua penduduk kampung tidak bersetuju dengan permintaan Huminodun dan memujuk Huminodun supaya membatalkan niatnya tetapi Huminodun tetap dengan keputusannya.
Menjelang senja, Kinorohingan dan kesemua penduduk kampung membawa Huminodun ke satu tempat yang lapang.
Sebelum memulakan upacara, Huminodun berkata kepada Kinorohingan dalam bahasa Dusun, “Ama, poluo iti turu rangoh dot parai, poluo hilo tangkob, koturu nopo rasam om, pasasadon noh ilo tuah dau” yang bermaksud, “Bapa, simpan tujuh tangkai padi ini dalam bakul tertutup dan tanam buah-buah padi ini apabila hujan turun”.
Selepas Huminodun menyerahkan tujuh tangkai padi tersebut, dia pun berlutut di tanah dan Kinorohingan pun menghunuskan pedangnya dan menujah pedang tersebut kepada Huminodun.
Sebaik saja Huminodun rebah di tanah dan darahnya mengalir keluar dari tubuhnya ke tanah, hujan turun dengan lebatnya di sertai dengan guruh yang kuat membasahi bumi. Kinorohingan dan kesemua penduduk kampung bersyukur kerana hujan telah menamatkan penderitaan mereka kerana cintakasih yang telah diberikan oleh Huminodun kepada bumi.
Semenjak itu, kampung tersebut mempunyai tanaman padi yang sangat subur dan mereka merayakan upacara kesyukuran kepada semangat padi iaitu Bambarayon dan memperingati semangat Huminodun yang telah berkorban untuk mereka selepas habis musim menuai padi.
Upacara kesyukuran ini di adakan sehingga ke hari ini dan menjadi tradisi dan kewajipan untuk di rayakan.
Tadau Kaamatan dulu dan sekarang
Mengimbas kembali kepada zaman kanak-kanak saya dimana kampung saya akan merayakan Tadau Kaamatan pada 30-31 Mei setiap tahun. Tadau Kaamatan di rayakan bersama dengan keluarga dan penduduk kampung.
Pada waktu itu, saya masih ingat dimana Tadau Kaamatan di rayakan dengan penuh tradisi dimana mereka membuat upacara dengan menyembelih seekor babi untuk di persembahkan kepada Bambarayon dengan tujuh tangkai padi yang di simpan dalam tangkob.
Selain itu, Sundait dalam bahasa Dusun yang bermaksud teka teki adalah menjadi sebahagian daripada perayaan Tadau Kaamatan dimana Sundait sangat berkait rapat dengan semangat padi.

Unduk Ngadau dalam bahasa Dusun yang bermaksud Ratu Cantik juga di pertandingkan dalam keadaan yang sederhana dimana seseorang Unduk Ngadau wajib mengetahui apakah makna sebenar untuk memperingati Huminodun yang mempunyai kecantikan yang luar biasa dari luar dan dalam.
Unduk Ngadau Peringkat Negeri Sabah 2018

Cantik kah Huminodun tahun ni?
Credit picture : Nelson Micheal photography & Empire Deb Lojikim Photograpgy

Selain itu, peralatan tradisional juga dimainkan seperti Gong dan Sompoton menandakan kegembiraan kita kerana mendapat hasil daripada tuaian. Tadau kaamatan di rayakan dengan sangat sederhana dan menyatukan kesemua penduduk kampung di tempat saya pada masa itu.
Tahun demi tahun, saya dapat merasakan perubahan demi perubahan dalam perayaan Tadau Kaamatan dimana saya melihat fokus utama dalam perayaan tersebut adalah Unduk Ngadau dimana semua orang akan teruja dan tidak sabar menunggu siapakah pemenang Unduk Ngadau pada tahun ini.
Iklan dan gambar-gambar peserta Unduk Ngadau juga di paparkan di laman web sosial di mana semua orang di kehendaki untuk membuat undian “ LIKE” terhadap gambar-gambar tersebut.
Semangat Humonodun
Persoalan saya ialah bagaimanakah semangat Huminodun di hayati dalam pertandingan ini?
Menurut lagenda Huminodun, Huminodun mengorbankan dirinya kepada penduduk kampungnya yang menderita dan kesusahan di sebabkan kemarau yang berpanjangan.
Bagi saya, ini merupakan kecantikan sebenar yang seharusnya di tonjolkan daripada kecantikan yang berlandaskan kepada rupa paras. Pada zaman ini, sudah tentunya kita tidak boleh menjadi seperti Huminodun yang sanggup mengorbankan dirinya dengan darah, tetapi di sini saya ingin membawa pembaca berfikir, “apakah maksud pengorbanan seperti dalam cerita Huminodun”?.
Melalui refleksi saya, pengorbanan ini sangat meluas definisinya di mana seseorang sanggup mengorbankan masa terluangnya untuk membuat kerja-kerja dengan komuniti yang tertindas, seseorang yang sanggup menghadkan masanya dengan keluarga dan rakan-rakan untuk mengenal pasti isu-isu yang melanda, seseorang yang sanggup melepaskan dunia hiburan dan keseronokan untuk peka kepada keadaan semasa di sekeliling dengan membuang sikap tidak ambil peduli.
Ini merupakan antara contoh-contoh pengorbanan kecil yang boleh di lakukan seperti Huminodun. Saya amat mengharapkan agar pemenang Unduk Ngadau pada tahun ini akan menghayati maksud sebenar“PENGORBANAN” yang telah di buat oleh Huminodun.
Selain isu Unduk Ngadau, sejauh manakah semangat Bambarayon juga di hayati dalam Tadau Kaamatan.
Bambarayon adalah semangat padi yang membantu para petani dalam menjaga tanaman padi dan memberikan kehidupan kepada mereka. Semangat Bambarayon sebati kepada tanah, sungai dan udara dimana kesemuanya ini berkait rapat antara satu sama lain.
Tanah tidak akan berfungsi tanpa air, kita tidak akan mendapat air tanpa sungai dan tanaman tidak boleh hidup tanpa udara oksigen. Kebergantungan elemen-elemen bumi antara satu sama lain ini telah membentuk satu kitaran sistem ekologi dimana jika salah satu elemen ini musnah akan menyebabkan kitaran tersebut tidak lengkap.
Kemusnahan kepada ekologi adalah seperti menghina dan tidak menghormati semangat Bambarayon yang mana kita rayakan setiap tahun dalam Tadau Kaamatan.
Melalui semangat Bambarayon ini, kita seharusnya menghayati untuk menyayangi bumi dan menyedari kepentingannya semasa perayaan ini.
Proses perjalanan Tadau Kaamatan seharusnya mengisarkan kepada keadaan isu alam sekarang di mana pemusnahan sedang berlaku seperti pembalakan, pembinaan empangan mega, pembakaran hutan yang akan menghilangkan semangat Bambarayon.
Melalui kesedaran ini, barulah kita dapat menghayati semangat Bambarayon sebenar daripada penghayatan melalui simbolik dengan merayakan Tadau Kaamatan dengan bertopengkan dua muka dimana kamu memuja Semangat Bambarayon tetapi pada masa yang sama mengambil bahagian dalam pemusnahan alam.
Maka saya melihat Tadau Kaamatan bukan setakat perayaan untuk memperingati semangat Bambarayon dan Huminodun, Tadau Kaamatan adalah perayaan yang seharusnya di renungkan dan di hayatikan dengan lebih mendalam apakah maknanya kita merayakan perayaan ini. Saya mengharapkan pembaca dapat membuat refleksi terhadap buah fikiran yang saya kongsikan melalui penulisan ini.




Sumber:
~Blogger
~Orang2 tua

SENARAI ISTILAH DAN TAFSIRAN UNDANG-UNDANG ADAT DAN SOGIT TOBILUNG

SENARAI ISTILAH.

1.Adat 
- Peraturan / Undang – undang.

2.Sogit 
- Denda ,Pendingin atau imbangan. Sejenis hukuman; dikenakan kepada seseorang apabila melakukan kesalahan merosakkan harta benda atau mencederakan seseorang.

3.Babas 
- Sogit pemberian mengikut adat yang bertujuan untuk mengekalkan tali persaudaraan.

4.Tonduk 
- Suatu benda kayu yang ditajamkan sebelah atas kemudian dipancakkan di atas tanah dekat pokok buah-buahan dan hujungnya menunjuk ke arah pokok buah-buahan menandakan tiada sesiapa berani mengambil atau mencuri buah – buahan tersebut.

5.Pagon 
- Benda berduri diikatpada pokok buah-buahan supaya tidak ada yang mencuri buah-buahannya.

6.Adat Malu 
-Suatu pampasan adat berkenaan apa-apa yang menjadikan pihak terkilan kepada kejatuhan berkaitan dengan maruah, keaiban, kehinaan atau hilang kehormatan dihadapan saudara – mara atau masyarakat.

7.Koimanan 
-Suatu kerugian atau ganti rugi yang ditanggung disebabkan kemungkiran janji untuk melaksanakan suatu perbuatan.

8.Kotoliban 
-Pampasan adat yang perlu dibayar oleh adik yang berkahwin sebelum kakaknya.

9.Lapau 
-Adat kepanasan kepada suami atau isteri yang melakukan persetubuhan dengan orang lain iaitu membayar adat lapau sebagai pendingin.

10.Solod 
-Mengahwini isteri orang lain.

11.Monolod 
-Seorang perempuan yang berkahwin seorang lelaki yang adalah suami orang lain.

12.Miakan 
-Persetubuhan haram diantara orang-orang yang belum berkahwin.

13.Momuod 
- Adat berkabong kerana kematian suami atau isteri.

14.Mongindorosi 
- Perbuatan, perkataan, bunyi atau isyarat yang bertujuan hendak mengancam dengan kecederaan, kematian atau ketakutan.

15.Mongintinggon 
- Perbuatan , perkataan, bunyi atau isyarat yang bertujuan hendak memalukan atau membangkitkan kemarahan.

16.Pitas 
- Adat pemutus tali persaudaraan yang hendak berkahwin.

17.Sumbang 
- Adat kepanasan kerana saudara kadim bersetubuh.

18.Lapau Namatai 
- Adat tertindeh kepada si mati.

19.Mengintulus 
- Kata-kata yang bertujuan supaya seseorang itu mati.

20.Adat Koyomutan
- Adat pembersih kerana terminum atau mandi di sungai, kolam atau perigi yang dibubuh oleh orang lain apa-apa jenis kekotoran seperti bangkai.

21.Mintoronong 
- Perbuatan khianat.

22.Moniguras 
- Perbuatan mengancam seseorang dengan menggunakan parang, kayu atau sebagainya seperti memotong rumah, pagar, tanaman atau sebagainya.

23.Adat Raat Ginawo
 - Adat pendingin kepada seseorang yang sakit hati kerana perbuatan yang tidak baik.

24.Bontuk
- Gelang yang diperbuat daripada luyang atau tembaga.

25.Mibusul 
- Perbuatan sumbang sejenis lelaki,homoseks.

26.Milokop
- Perbuatan sumbang sejenis perempuan, lesbian.

27.Keemomolian
- Suatu perbuatan yang tidak minta izin.

28.Labot
- Membuat rumah atau menebas ladang yang tidak siap kemudian ditinggalkan sehingga mendatangkan hantu labot.

29.Peeimamang
- Perbuatan yang berniat menganiaya seseorang.

30.Gumundala
- Ingkar janji.

31.Momudali
- Membuat tuduhan atau membuat kenyataan yang direka-reka dan palsu.

32.Solob
- Patung peliharaan bertujuan menghimpunkan iblis / syaitan untuk kepentingan sendiri,kemudian dijadikan sebagai kawan untuk menyembuhkan penyakit atau sebagainya.

33.Kosugkuan
 - Suatu perkahwinan dua orang lelaki yang datang dari keluarga yang sama berkahwin sama-sama kepada dua orang perempuan yang adalah sekeluarga.

34.Wayud
- Bayaran tambahan kepada orang yang mencuri dan membunuh binatang ternakan.

35.Adat Kababaaan
 - Adat perkahwinan yang ianya menjadi pengimbang.

36.Bangun
- Adat imbang atas kematian seseorang.

37.Adat Pulanut
 - Adat pemberian sebagai pekeras kepada adat sogit.

38.Adat Sonsol
- Adat inbangan jika berlaku kematian seseorang kerana perbuatan yang tidak disengajakan.

39.Miginawo
- Bercinta sebelum ada pertunangan.

40.Adat Pisukud
- Adat pekaras, adat perinding dan penolak kepanasan akibat membicarakan kedua pasangan lelaki dan perempuan yang sudah berhubungan sulit sebelum tunang dan berkahwin.

41.Karis Kiulu Sawan
- Keris atau gayang yang berkepala atau berulu gading gajah.

42.Gook
- Perkataan yang main-main dan boleh menyinggung perasaan orang lain.

43.Adat Purondom
- Adat satu depa kain hitam untuk orang bobolian.

44.Adat Sompol
- Adat satu depa kain putih untuk diberi kepada orang luka kerana dicederakan oleh orang.

45.Adat Kelikadan Dilah
- Adat diberi kepada ketua kampung kerana minta cerai tetapi kembali lagi dengan isterinya tanpa merujuk kepada Ketua Kampung.

46.Loting
- Adat tanda rumah yang tidak boleh dinaiki oleh orang lain kerana baru selesai upacara mengaji.

47.Keemuat
- Kata-kata yang menyebut kemaluam lelaki atau perempuan.

48.Adat Monoliduk
- Perbuatan seorang lelaki atau perempuan iaitu mengintip seseorang yang sedang mandi atau sedang tidur di dalam bilik.

49.Modsongodou
- Upacara mengaji dengan tujuan perubatan tradisional.

50.Popotogod 
- Membangkitkan kemarahan seseorang dengan cuba mengancam atau menyebut apa-apa perkataan yang tidak baik.

51.Adat Kotigagan
- Seseorang yang terkejut kerana melihat mayat di rumah, di ladang atau di sawah.

52.Kawantayan
- Seseorang yang mati di rumah orang yang adalah bukan saudara kadimnya. Saudara kadim si mati dikenakan membayar adat pendingin atau adat kawantayan.

53.Adat Keenggoritan
- Adat pemulih seseorang yang amat ketakutan akibat perbuataan orang yang cuba mengancam dengan kayu, parang dan sebagainya.

54.Adat Lakat
- Adat pendingin rumah yang ianya kematian seseorang yang adalah bukan saudara kadim.

55.Adat Kesulangan
- Adat pemberian kepada bobolian kerana gangguan semasa upacara mengaji seperti momurineet.

56.Kotulud Sunduwan 
- Seseorang yang amat terkejut kerana melihat perbuatan seseorang yang cuba mengancam.

57.Pangayam 
- Babi, kambing, lembu dan kerbau.

58.Unggas 
- Ayam

59.Gayo Babut 
- Adat kepanasan kepada orang tua kerana perkahwinan dua pasangan di mana ada terdapat tali persaudaraan si lelaki adalah anak kemanakan dan si perempuan adalah cucu kepada orang tua tersebut.

60.Popiasa 
- seseorang membuat penyataan palsu bertujuan menfitnah.

61.Monginggorit 
- Memuji bayi atau anak kerana kegemukan atau kecantikan.

62.Rondot Kabang 
- Kesalahan akibat membuat penyataan palsu dengan tujuan menfitnah.

63.Magawor 
- Memasuki bilik tidur perempuan dengan tujuan hendak merogol.

64.Mengorindang 
- Perbuatan khianat bertujuan hendak meruntuhkan rumahtangga orang.

65.Koonsipan 
- Tersepit, perlanggaran adat dalam perkahwinan dua pasangan di mana terdapat tali persaudaraan diantara kedua-dua pihak.

66.Memulansung 
- Seseorang yang mahu mengahwini seseorang gadis secara paksa.

67.Poposumboh 
- Menyakitkan seseorang dengan cara menyuruh syaitan atau iblis.

68.Mipopol 
-Bersumpah dengan bertujuan menegakkan kebenaran.

69.Mongimuntang 
- Menyebut perkataan lucah dengan tujuan memalukan seseorang.

70.Ketulang 
- Bayaran ganti rugi mengikut adat.

71.Sinandangaan 
- Kerbau, gong, tinukul, sumbul, gadur dan salapa.

72.Adat Namatai 
- Sogit orang mati (Roh)



Sumber;-
~kokian, koduan om kemeleangan dagai.
~Buku adat2 Tobilung

UNDANG-UNDANG ADAT DAN SOGIT TOBILUNG(PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN DALAM MASYARAKAT TOBILUNG)

1.  PERKAHWINAN DAN PELBAGAI PANTANG LARANG 

1.1  Merisik
Seorang lelaki yang berhajat mengahwini seorang perempuan, hendaklah membuat risikan terlebih dahulu. Merisik bererti mengetahui kedudukan si perempuan yang ingin dikahwini sama ada masih bujang atau sebaliknya. Selain itu, merisik juga bertujuan mengenali budi pekerti seseorang perempuan yang bakal dijadikan sebagai teman hidup.

1.2  Kaedah Merisik
Apabila membuat risikan, pihak lelaki harus melantik seorang perisik yang digelar ‘bantaran’ untuk menjalankan tanggungjawab merisik seterusnya menjadi orang perantaraan antara pihak lelaki dan pihak perempuan. Bantaran mestilah seorang yang mahir dalam adat istiadat, jujur dan ikhlas. Tugas bantaran ialah merisik, seterusnya menghantar ‘sinsing’, sebagai perantara menentukan tarikh upacara pertunangan, perantaraan semasa bicara adat ( mirayat ) berian ‘nopung’ dan sehinggalah selesai upacara perkahwinan.
                                                                 
1.3  Menghantar Singsing
Selepas merisik dan mengetahui bahawa si perempuan yang dirisik masih bujang maka pihak lelaki akan menghantar sebentuk sinsing kepada keluarga pihak perempuan sama ada menerima pinangan lelaki atau tidak. Jika Pihak perempuan tidak menerima, sinsing yang dihantar itu akan dikembalikan dengan kadar segera. Jika pihak perempuan menerima pinangan maka keluarga perempuan akan berpesan kepada bantaran agar pihak lelaki datang meminang pada masa yang ditetapkan seterusnya upacara pertunangan dijalankan serta mengatur bicara adat berian dan menetapkan tarikh perkahwinan.
                                                                                                                                                
1.4  Majlis Pertunangan
a) Upacara pertunangan
b) Bicara mengatur berian ‘nopung’
c) Menetapkan majlis perkahwinan
d) Menjatuhkan adat lapik ( taklik ) pertunangan oleh Ketua Kampung
e) Jamuan makan dan minum
f) Majlis akan dihadiri oleh keluarga pihak lelaki dan perempuan serta saudara mara.

(I) Hantaran Menunang
a) Cincin emas
b) Kain / pakaian
c) Wang dan sebagainya

(II) Berian ‘Nopung’
lazimnya, selepas sahaja upacara pertunangan dijalankan maka kedua-dua pihak iaitu pihak lelaki dan pihak perempuan akan berpakat untuk mengatur berian ‘nopung’ yang akan dikendalikan oleh Ketua Kampung pihak perempuan. Di peringkat inilah bantaran yang dipilih memainkan peranan besar dan rumit kerana akan menjadi penghubung dan penyampai maklumat kepada pihak lelaki dan pihak perempuan berhubung dengan persetujuan tentang bayaran berian ‘nopung’ yang diminta dan ditetapkan oleh pihak perempuan.
a) Panding bertutup kumanis
b) Sabpa bertutup gong
c) Sabpa bertutup gong(?)
d) Luping besar ( tajau ) bertutup tinukul
e) Kerbau 1 ekor
f) Tinukul ( Sinawing )
g) Rampanau ( tajau kecil mempunyai telinga ) sebagai niodop

Pada zaman dahulu ‘nopung’ yang digunakan sebagai hantaran perkahwinan adalah berbentuk ‘dapu’ atau harta seperti gong dan tempayan. Walau bagaimana pun di zaman moden ini semua bentuk hantaran itu boleh ditukar dalam bentuk wang yang senilai dengannya.
                     
1.5  Majlis Perkahwinan
(I) Dihadiri oleh keluarga pihak lelaki dan pihak perempuan, sanak saudara dan orang ramai.

(II) Pakaian Pengantin Lelaki
a) Seluar panjang hitam
b) Baju sinupakan
c) Tanjak ‘sigar’
d) Selindang ‘musala’
e) Tali pinggang ‘sinabala’
f) Pedang / ‘keris’

(III) Pakaian Pengantin Perempuan
a) Sarung ‘tapi linongkitan’
b) Baju ‘sinurangga linongkitan’
c) Tudung ‘sunduk linongkitan kigiring’
d) Selindang ‘sinabala’
e) Karo
f)  Binolit
g) Lungkaki

(IV) Perhiasan Pelamin

(V) Perarakan ketibaan pengantin lelaki
a)  Pengantin lelaki diapit 2 orang pengapit (magat) dengan rombongannya di arak ke rumah pengantin perempuan dengan iringan paluan gong ‘pongigalan’ dan tarian ‘mongigol’.
b) Upacara membasuh kaki iaitu ketika menaiki rumah pengantin perempuan
c) Upacara momulu sigar / monurud tokobuk pengantin lelaki.
d) Upacara miilang.
e) Upacara lapik perkahwinan ( taklik ) oleh Ketua Kampung sebagai tanda sah perkahwinan.
 

1.6  Perkara Yang Membatalkan Perkahwinan
Ada beberapa keadaan atau Pantang larang yang boleh membatalkan perkahwinan. Pantang larang yang boleh membatalkan perkahwinan ada 3 bentuk iaitu Kopiyoon ( alamat tidak baik ), Raat Tinipi ( mimpi buruk ) dan Okosupan.

Tafsiran Pantang Larang
1) Kopiyoon
Dalam perjalanan pengantin lelaki menuju ( pergi ) ke rumah pengantin perempuan tiba-tiba ditengah jalan rombongan mendengar bunyi burung yang dipanggil ‘mongontik’ dalam bahasa Tobbilung atau berjumpa dengan binatang seperti kijang dan rusa maka perjalanan rombongan tersebut terpaksa dibatalkan atau berpatah balik. Tetapi salah seorang wakil rombongan pengantin lelaki harus menyampaikan perkara tersebut kepada pihak perempuan.
2) Raat Tinipi
Dalam menunggu tarikh untuk melansungkan perkahwinan, tiba-tiba salah satu pihak yang berkahwin itu bermimpi buruk seperti mimpi kahwin, memotong kerbau dan apa-apa mimpi yang mendatangkan keraguan atau tidak diingini maka perkahwinan tersebut terpaksa akan ditangguhkan atau dibatalkan jika pihak yang bermimpi itu merasakan sesuatu yang tidak sedap hati ‘arawog ginawo’.
3) Okosupan
Dalam menunggu tarikh untuk melansungkan perkahwinan, tiba-tiba berlaku kematian sama ada di pihak keluarga lelaki atau perempuan maka perkara ini harus disampaikan kepada pihak sebelah untuk menimbangkan perkara yang harus dilakukan sama ada membatalkan atau menangguhkan perkahwinan tersebut.
Nota:
1. Walau bagaimanapun ada adat yang boleh mengimbang atau dipercayai penolak bala tersebut iaitu sogit jika ada berlaku seperti salah satu perkara pantang larang tersebut.
2. Pantang larang tersebut jika tidak dipatuhi dipercayai suami isteri akan di timpa pelbagai penyakit dan pendek umur (mati). Dan kadang-kala ibubapa suami isteri juga akan di timpa pelbagai penyakit dan pendek umur (mati).
3. Oleh itu si lelaki yang mahu berkahwin dikehendaki membayar adat sogit kepada pihak perempuan
iaitu, 1 ekor babi besar dan 1 buah tinukul.

Peringatan
Walau pun ada adat seperti di atas tidak semestinya terpakai. Sekiranya ada perasaan was-was dan syak wasangka yang timbul maka terpulanglah kepada budi bicara kedua-dua belah pihak, tidak ada paksaan untuk menerima adat tersebut kerana balanya amat berat. Sekiranya perkahwinan terpaksa dibatalkan berpunca dari pantang larang tersebut maka tiada pendakwaan boleh dibuat.
 

1.7  Pantang Larang Masa Menghantar Sinsing
Sekiranya sinsing terjatuh semasa dalam perjalanan atau ketika ‘papatayid’ maka penghantar sinsing ( bantaran ) tersebut mesti terlucut dengan sendirinya dan diganti dengan orang lain.
Bantaran yang cuai sehingga menyebabkan sinsing terjatuh boleh dikenakan adat sogit 1 ekor ayam besar dan pulanut dibayar kepada pihak lelaki.

1.8  Pantang Larang Orang Yang Baru Kahwin  
           

Tidak boleh terkena hujan sebelum makan adat panansab, kerana jika terkena hujan dipercayai jika sudah mempunyai anak maka anak tersebut akan terkena penyakit ‘gandas’.Adat panansab ialah:-
a) Umbut pisang
b) Umbut rotan soworingan
c) Umbut rukatan

1.9 Adat Istiadat Setelah Memperoleh Anak
i. Mengadakan upacara makan sireh ‘popoingat’ setelah umur anak genap 7 hari dan pada masa yang sama memberi nama kepada si anak tersebut. Semasa upacara ini majlis makan dan minum juga akan disediakan mengikut kemampuan.
 

ii. Mengadakan upacara ‘monggorimpun’ setelah umur anak genap 30 hari ( 1 bulan ). Upacara ini dikendalikan oleh ‘bobolian’.
 

iii. Barangan Yang Di Pakai dalam Upacara Mongorimpun
a) 1 ekor ayam jantan
b) 1 bilah parang rapo
c) 1 buah tinukul
d) 1 buah gendang
e) 1 batang buluh ‘tinungkabar’

iv. Upacara ini dikendalikan oleh bobolian
 

v. Upacara ‘mongorimpun’ dijalankan dengan dua cara iaitu pertama, cara palapayan
dan kedua, cara popiyoson.
 

vi. Pengeras mengaji ‘mongorimpun’ cara palapayan sebanyak 80 sen
 

vii. Pengeras mengaji ‘mongorimpun’ cara popiyoson sebanyak 50 sen

viii. Tafsiran(move to senarai istilah)
a) Mongorimpun - mengembalikan semangat seseorang
b) Palapayan - cara berlagu dan cakap biasa
c) Popiyoson - cara berteriak dan cakap biasa

1.10  Adat Berladang
a) Mangagang - menebas, menanda
b) Madsalud - mengaji
c) Momodsu tonomon - memandikan bibit padi
d) Mangarantas - menghilangkan penyakit padi
e) Monimbu-timbu - memberi makan semangat padi
f) Tumimpuun/ponimpunan - memulakan mengetam padi
g) Mamaagi - membahagikan hasil padi kepada orang halus



2.  PERCERAIAN DAN DENDA ADAT DALAM MASYARAKAT TOBILUNG

Kaum Tobilung melarang keras perceraian antara suami isteri tanpa sebab-sebab yang munasabah. Walau bagaimana pun perceraian tidak dapat dielakkan. Perceraian kerapkali berlaku bukan sahaja kepada pasangan yang masih muda, malahan kepada mereka yang sudah lanjut usia. Dalam hal ini, hukum adat ada peruntukan seperti berikut.
  

2.1 Perceraian Berlaku Apabila
a) Perbuatan curang
b) Tidak hormat menghormati antara satu dengan lain
c) Kuat bergaduh
d) Kuat minum arak dan malas bekerja
e) Suami kahwin lagi ( poligami )
f)  Kuat cemburu buta
g) Suami meninggalkan isteri atau sebaliknya
h) Tidak ada kerukunan rumahtangga dan tiada tanggungjawab sebagai suami-isteri

2.2  Peruntukan Adat
a. Pihak Lelaki
Jika lelaki menceraikan isterinya tanpa sebab yang munasabah selain daripada belanja anak, haruslah menjelaskan semua berian jika belum dilunaskan dan dikenakan membayar adat cerai 1 ekor kerbau (sumandak) kepada isteri yang dicerai.
b. Pihak Perempuan
Jika si isteri menceraikan suaminya tanpa sebab yang munasabah maka akan dikenakan membayar adat cerai 1 ekor kerbau (indung) kepada suami yang dicerai.
 

2.3  Proses Perceraian
a) Kes suami isteri dibicarakan
b) Keputusan / Hukuman
c) Sijil / Surat cerai dikeluarkan oleh Mahkamah Anak Negeri.

2.4  Pembahagian Harta Apabila Bercerai
Ada dua jenis harta yang berkaitan dengan harta perkahwinan.
a) Harta sendiri baik suami mahupun isteri yang dibawa dari keluarga masing-masing dalam rumahtangga suami isteri.
b) Harta sepencarian yang diperolehi bersama semasa suami isteri.

Perbedaan kedua jenis harta perkahwinan ini adalah penting untuk pembahagian harta benda jika berlaku perceraian antara suami isteri. Lazimnya jika berlaku perceraian maka harta perkahwinan mestilah dibahagikan mengikut kaedah berikut.
a) Harta sendiri baik suami atau isteri hendaklah dipegang atau diambil masing-masing.
b) Harta yang diperolehi melalui pencarian bersama hendaklah dibahagi dua.

2.5  Kedudukan Anak Apabila Bercerai
1) Anak yang masih dibawah umur atau masih menyusu mestilah di bawah jagaan ibu.
2) Anak yang berumur 16 tahun ke atas diberi pilihan sama ada mengikut bapa atau ibu. Keputusan di tangan anak.

2.6  Perbelanjaan Anak Apabila Bercerai
Mengenai dengan perbelanjaan anak-anak apabila berlaku perceraian sama ada melalui muafakat atau tidak maka si bapa adalah dipertanggungjawabkan untuk memberi belanja bulanan mengikut persetujuan atau pertimbangan ketua adat tetapi tidak kurang RM 10.00 sebulan.





Sumber;-
~kokian, koduan om kemeleangan dagai.
~Buku adat2 Tobilung