Sebelum menghadir Canton Fair ini, sememangnya saya dan suami selalu juga ke China untuk mencari prodak2 baru dalam bidang pembinaan dan pertanian, membantu dan membawa pelanggan untuk membeli perabot rumah mereka, membantu dan membawa pelanggan mencari barang perhiasan rumah dan banyak lagi lah..dalam setahun memang akan 3-4 kali akan terbang ke China. Jadi untuk process kemasukan ke china memang tiada masalah bagi kami sebab Visa pun dah siap sedia, tapi untuk menghadiri Canton Fair ni kena ada Pass kemasukan baru boleh masuk kawasan pameran tu..jadi kena apply lah siap2.
Sebelum saya teruskan, saya akan kongsikan serba sedikit cara memohon pas kemasukan ke China iaitu Visa, dan juga pass kemasukan ke kawasan Canton Fair.
1. Jadual Canton Fair
- Untuk menghadiri Canton Fair ni, kita kena memeriksa jadual Canton Fair sebab ada 3 fasa kesemuanya dan setiap fasa ini berlangsung 4-5hari. Fasa 1 biasanya dijadualkan di awal tahun dalam Bulan april, Fasa 2 dijadualkan dihujung Bulan April/awal bulan May dan Fasa 3 dalam Bulan 6. Kadang2 Canton Fair akan diadakan setahun 2 kali.
2. Tiket Kapal Terbang
- Selepas mendapat dan menetapkan jadual Canton Fair, sebaiknya terus membeli tiket kapal terbang untuk mengelakkan kenaikkan harga tiket, macam kami beli tiket setahun lebih awal dan harga tiket masa tu RM500 seorang dari BKI(termasuk makan,luggage,seat Flight: Airasia).
3. HOTEL
-Tempat tinggal jangan lupa booking juga...sebab harga hotel akan naik secara mendadak dan hotel2 yang murah memang cepat sold out, dan kalau nak jimat kenalah booking awal ya.
- Tinggallah di tempat yang ada shuttle bas pergi Canton Fair, jimat!!
4. Pendaftaran Canton Fair
-Pendaftaran untuk menghadiri Canton Fair ni adalah diwajibkan dan hanya mereka yang mempunyai Name Tag sahaja dibenarkan masuk. Untuk masuk ke Canton Fair tu kena beratur untuk scan name tag masing2 dan security akan check gambar yang ada dalam sistem mereka sama atau tidak dengan muka kita dalam cctv di scanning area..ini suami saya kena sekali bila scanning security tu error dan muka si suami tidak keluar dalam system dan disanalah si suami keluar-masuk scanning area hahaha. Dan process pendaftaran ni boleh dibuat di Pejabat pendaftaran Canton Fair, Online atau di Hotel2 yang dilantik oleh Penganjur Canton Fair.
-Untuk pendaftaran ni saya cadangkan supaya mendaftar secara Online secara percuma, dimana kita boleh jimat RMB100(MYR63). Bukan Jimat duit saja tapi kita tidak buang masa untuk berbaris di sana nanti.
5. VISA
- Untuk memohon kemasukan ke China kita kena ada Visa yang sah yang mana kita kena memohon sedia di China embassy yang berada di malaysia. Cthnya di Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Lumpur.
- Document yang diperlukan adalah Passport yang masih sah selama 6 bulan, 1 keping Gambar berukuran passport(actual size boleh rujuk dalam website china consulate ya), Borang(yang boleh download dalam website china consulate), Tiket kapal terbang, Booking Hotel, Invitation letter untuk Canton Fair.
6. NAME BADGE
-Jikalau membuat pendaftaran secara online, lagi baik terus apply name badge sekali. Untuk pengambilan Name Badge tu pula boleh ambil di mana2 appointed Hotel oleh Canton Fair atau pun terus ke pejabat pendaftaran Canton Fair, tapi kalau ke pejabat pendaftaran canton fair memang kena berbaris lah then kena tunggu at least 1-2 jam. Saya cadangkan terus ke Appointed hotel atau kalau tinggal di appointed hotel lagi senang kerja. hehehe.
Kita berbaris selama 2 jam untuk dapatkan Name Badge huhu |
Contoh Name Badge untuk kemasukan ke Canton Fair |
Semasa berada di Canton Fair tu memang banyak prodak2 baru dari berbagai syarikat serata China juga dari luar, jadi saya akan kongsikan sedikit tips disini untuk membantu kamu lah ya..
1. Kita tidak perlu pun membeli barang mereka jika kita masih belum yakin.
2. Kita kena bawa Name card sendiri, sebab sesetengah syarikat tu tidak akan memberi katalog jika tidak mendapat namecard cari kita.
3. Download lah aplikasi Wechat, sebab di china wechat memang popular sekali, malah mereka menjadikan wechat sebagai tempat mereka berniaga, jadi rajin2 lah add wechat dorg untuk dapatkan info prodak mereka...manatau tersangkut dengan amoi2 china...uisshh bebeh tau gadis2 china.
4. Kalau planning nak ambil katalog dari mereka..kenalah sediakan luggage kecil/sederhana. sebab syarikat2 yang ada di sana bukan 20-30 tapi dekat ribu juga..penat baitu angkat beg penuh katalog.... bagus lagi pakai luggage main tarik2 saja.
5. Kalau nak beli sim-card china, boleh beli di airport dengan harga RMB150-RMB180 kalau tak silap, tapi saya beli dekat kedai2 tepi jalan saja harga dia dalam RMB90-100. Simcard ni akan tamat selepas 3bulan selepas activate..walaupun kita reload tiap bulan..kalau mau yang tidak tamat punya..kena tanya penjual tepi jalan tu...normally dorg ada jual juga tapi secara illegal lah, kena tanya baru kasi keluar tak tanya diam2..dia bagi kita yang biasa punya sama juga macam yang kita beli di airport akan tamat dalam masa 3 bulan. Tapi harga simcard tu memang mahal dalam RMB190-RMB200 sebab penjual tu cakap dorg pakai IC orang local disana untuk register tu nombor..jadi selagi kita reload selagi itulah dia tidak akan tamat.
6. Kena tukar matawang China sedia..dan kalau mau bawa duit emergency jangan bawa MYR... MYR nda laku di china hahahaha...dorg terima US Dollar dan seanggkatan dengannya saja.
7. Just in case kita kehabisan duit RMB tapi kita ada duit emergency, kebanyakan bank tidak akan membenarkan kita tukar duit jika kita tidak mempunyai bank account dengan mereka...jadi satu2nya Bank yang membenarkan kita menukar duit tanpa membuka akaun dengan mereka adalah ABC Bank, yang ini kami round satu Guangzhou mencari bank yang buka pada hari Sabtu.
8. Ada juga tempat lain untuk tukar duit iaitu di mall belakang Guangzhou south railway station tapi.....ya ampun mahal dorg jual. Sebaiknya pergi bank untuk tukar sebab ikut rate semasa.
9. Lagi satu jangan lupa pakai kasut yang selesa, Bawa payung atau pun baju hujan. sebelum tu kena check juga cuaca disana untuk persediaan baju manatau sejuk kan...macam kawan kami saturang..sudah di inform bawa baju tahan sejuk..dibawanya jaket nipis..lepas tu pakai seluar pendek lagi, nah sekali sampai Guangzhou merungut tidak pakai jaket tebal dan seluar panjang hahaha.
Oklah..sampai sini saja untuk hari ini..kalau ada sebarang pertanyaan just komen saja di bawah ya...
sekian,
~Odie de Kodyez~
No comments:
Post a Comment