Tuesday, 5 June 2018

DUSUNIK BORNEO: SUKU TOBILUNG

Tobilung, adalah sub-kumpulan dari etnik Kadazan-Dusun yang terdapat di Sabah, Malaysia. Penempatan suku ini terletak di pertengahan antara Kota Belud dan Kota Marudu, dan di kawasan Kudat.

Kaum Kadazan-Dusun merupakan kaum Bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional yang mana akan kita lihat di masa perayaan Pesta Kaamatan yang dirayakan 30-31 Mei setiap tahun. Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik.

Terdapat lebih dari 30 etnik dalam rangkaian suku kaum Kadazan dan Dusun di Sabah dimana suku Tobilung merupakan salah satu etnik keluarga Kadazan-Dusun tersebut. Mungkin sebelum ini suku Tobilung kurang dikenali dikalangan masyarakat umum disebabkan suku ini terselindung di bawah nama etnik Dusun.

Ratusan tahun yang lalu, seperti yang kita sedia ketahui nenek moyang Kadazan-Dusun imendiami sebuah rumah panjang yang letaknua di pertemuan Sungai Liwagu Kogibangan(Cabang Kiri), Liwagu Kawanan (Cabang kanan) dan Sungai Labuk. Terdapat 10 pintu keluarga pada Rumah Panjang tersebut yang letaknya di bawah sepohon kayu ara besar berkulit kemerah-merahan atau lebih dikenali sebagai "NUNUK RAGANG" di Sabah. Masyarakat Nunuk Ragang berkembang dan melalui suatu evolusi sosial dan 10 pintu keluarga rumah panjang menjadi asas bagi pertumbuhan dan perkembangan bagi suku-suku dikalangan kaum Kadazan-Dusun yang kini melebihi 30 etnik. Setelah rumah panjang di Nunuk Ragang tidak lagi mampu menempatkan semua keturunan maka mereka mengadakan "pitimburungakan" dan suatu keputusan dicapai untuk menbahagi-bagikan kawasan tanah di sekitar Nunuk ragang. Suku kaum masing-masing memilih kawasan tanah penempatan dan pembinaan rumah sesuai dengan pekerjaan yang dilakukan. Mereka yang tidak mendapat kawasan di area Nunuk ragang memilih kawasan penempatan di bahagian luar.



Pokok Kayu Ara

Rumah Panjang



Maka dengan itu Pemimpin suku kaum Dusun Tobilung yang bergelar Woyoon Guminggon membawa rombongannya meninggalkan Nunuk Ragang dan akhirnya mereka sampai di suatu tempat yang dipanggil Inanam. Di situ mereka terpaksa berhenti kerana cucu perempuannya tengah sarat mengandung. Walaubagaimanapun anaknya Tombolung dan isteri serta anak-anak mereka iaitu Lajou, Bujang, Gumandang dan Sagonggoh tidak sabar untuk meneruskan perjalanan. Dengan itu mereka meneruskan perjalanan yang mana turut disertai oleh adik Tombolung iaitu Lakou. Tombolung dan rombongannya berjanji untuk meletakkan kukurungan(Tempat Ayam Bertelur) sebagai tanda pada setiap jalan yang mereka lalui jika terdapa persimpangan.

Setelah berhari-hari meredah hutan belukar, akhirnya rombongan Tombolung sampai di suatu tempat yang dipanggil Pandasan. Tombolung memutuskan untuk menetap disitu dan bercucuk tanam sambuk menunggu rombongan ayahnya. Setelah bercucuk tanam selama tiga kali bersamaan 3 tahun ayahnya tidak juga muncul-muncul, isterinya mula jatuh sakit lalu meninggal dunia. Tombolunh akhirnya membuat keputusan untuk berpindah sekali lagi. Mereka telah menuju ke utara dan sampai di puncak bukit, mereka melihat seekor burung helang terbang sambil "menari"lalu hinggap di dahan kayu yang besar, dimana terdapat sarang burung tersebut. Tombolung berasa selesa dengan tempat itu lalu beliau memilih tempat tersebut untuk memulakan hidup baru dan menamalam tempat itu sebagai "Nuluw Rumun" bermaksud Bukit Sarang. Bukit berkenaan berada di dalam Kg. Dudar, Kota Belud. Setelah bertahun lamanya, Tombolung pula jatuh sakit lalu meninggal dunia menyebabkan adiknya Lakou dan anak-anaknya berpisah mengikut haluan masing-masing. Bujang dan Gumandang berpindah ke Kamalaan yang kini dikenali sebagai Kg.Sarang, Kota Belud, sementara Lajou dan Sagonggoh berpindah ke lapai yang kini dikenali sebagai Kg. Menggaris, Kota Marudu, dan Lakou pula telah membuka ladang di Tinongkuban seluas 7 bukit. Beliau seorang yang gagah dan kononnya saiz dadanya selebar 7 jangkal. Lakou telah meninggal dunia di Kg. Timbang, Kota Belud dan makamnya masih boleh dilihat sehingga kini.

Manakala Woyoon Guminggon dan rombongannya dipercayao telah sesaat di sekita inanam disebabkan tanda tersalah letak. Oleh sebab itu, kumpulan tersebut menetap di inanam sehingga kini. Menurut mendiang NC Ampau Bumbungan yang berasal dari Kg. Timbang, Kota Belud menceritakan bahawa beliau pernah menunggang kuda untuk ke Jesselton sekitar tahun 1950an beliau terdengar paluan gong suku kaum Dusun Tobilunh di Inanam. Walaubagaimanapun beliau tidak pula pergi ke tempat berkenaan kerana bimbangkan keselamatan, maka terpisahlah dua kumpulan Dusun Tobilung itu sehingga kini.

Mendiang NC Ampau Bin Bumbungan adalah antara tokoh suku kaum Tobilung yang berasal dari Kg. Dudar, Kota Belud. Mendiang merupakan anak watan suku Tobilung yang pertama dilantik sebagai Native Chief (Ketua Anak Negeri) dalam Mahkamah Anak Negeri Daerah Kota Belud.

*Menurut cerita orang-orang tua, tarian burung helang ketika rombongan Tombolung sampai di Nuluw Rumun menjadi inspirasi kepada rombongan golongan wanita itu sehingga terciptanya "Tarian Mongigol"yang menjadi tarian Suku Kaum Tobilung sehingga kini.


Sumber:
1. Persatuan Tobilung Bersatu Sabah.

sekian,
~Odie de Kodyez~




HIMPUNAN DUSUNIK DI BORNEO


BAH! kali ini mari saya perkenalkan serbah sedikit rumpun-rumpun dialek dalam bahasa Dusunik di Borneo. Dalam rumpun-rumpun dialek ini ada suku-suku lagi didalamnya yang kita sedia maklum memang banyak  sehingga mencecah 60 suku. Dijadikan cerita kita pada post kali ini, saya akan memberi beberapa contoh suku saja dalam satu rumpun dialek Dusunik.

Populasi kaum Dusunik kebanyakannya terdaapat di Sabah, iaitu sekitar 80%-90%, sementara 10%-20% lagi menetap di Sarawak dan Brunei. Jumlah etnik Dusunik di seluruh Borneo pada tahun 2018 adalah sekitar 700 ribu hingga 1 juta orang.. huh buli tahan ramai juga kan. Pada umumnya, para pakar ilmu bahasa membahagikan dialek-dialek Dusunik kepada 5 rumpoun iaitu:

1. Dusun Tengah (Central Dusun)
2. Dusun Pesisir (Coastal Dusun)
3. Dusun labuk (Labuk Dusun)
4. Dusun Momogun (Momogun Dusun)
5. Bisaya-Lotud


Sumber Rujukan:
1. Philippine and North Bornean Language: Issues in descriptiom, subgrouping and reconstruction, J.W.                   lobel, 2013.
2. Southwest Sabah revisited, J.W.Lobel, 2013
3. the Language of Borneo: A Comperhensive Classification, Alexanderr D. Smith, 2017.




sekian,
~Odie de Kodyez~

Monday, 4 June 2018

CHINA CANTON FAIR

Tergerak pula hati ini mau share sedikit pengalaman menghadirkan diri ke Canton Fair atau Pameran prodak2 baru dari seluruh dunia yang bertempat di Canton, China.






Sebelum menghadir Canton Fair ini, sememangnya saya dan suami selalu juga ke China untuk mencari prodak2 baru dalam bidang pembinaan dan pertanian, membantu dan membawa pelanggan untuk membeli perabot rumah mereka, membantu dan membawa pelanggan mencari barang perhiasan rumah dan banyak lagi lah..dalam setahun memang akan 3-4 kali akan terbang ke China. Jadi untuk process kemasukan ke china memang tiada masalah bagi kami sebab Visa pun dah siap sedia, tapi untuk menghadiri Canton Fair ni kena ada Pass kemasukan baru boleh masuk kawasan pameran tu..jadi kena apply lah siap2.

Sebelum saya teruskan, saya akan kongsikan serba sedikit cara memohon pas kemasukan ke China iaitu Visa, dan juga pass kemasukan ke kawasan Canton Fair.

1. Jadual Canton Fair
- Untuk menghadiri Canton Fair ni, kita kena memeriksa jadual Canton Fair sebab ada 3 fasa kesemuanya dan setiap fasa ini berlangsung 4-5hari. Fasa 1 biasanya dijadualkan di awal tahun dalam Bulan april, Fasa 2 dijadualkan dihujung Bulan April/awal bulan May dan Fasa 3 dalam Bulan 6. Kadang2 Canton Fair akan diadakan setahun 2 kali.

2. Tiket Kapal Terbang
- Selepas mendapat dan menetapkan jadual Canton Fair, sebaiknya terus membeli tiket kapal terbang untuk mengelakkan kenaikkan harga tiket, macam kami beli tiket setahun lebih awal dan harga tiket masa tu RM500 seorang dari BKI(termasuk makan,luggage,seat Flight: Airasia).

3. HOTEL
-Tempat tinggal jangan lupa booking juga...sebab harga hotel akan naik secara mendadak dan hotel2 yang murah memang cepat sold out, dan kalau nak jimat kenalah booking awal ya.
- Tinggallah di tempat yang ada shuttle bas pergi Canton Fair, jimat!!

4. Pendaftaran Canton Fair
-Pendaftaran untuk menghadiri Canton Fair ni adalah diwajibkan dan hanya mereka yang mempunyai Name Tag sahaja dibenarkan masuk. Untuk masuk ke Canton Fair tu kena beratur untuk scan name tag masing2 dan security akan check gambar yang ada dalam sistem mereka sama atau tidak dengan muka kita dalam cctv di scanning area..ini suami saya kena sekali bila scanning security tu error dan muka si suami tidak keluar dalam system dan disanalah si suami keluar-masuk scanning area hahaha. Dan process pendaftaran ni  boleh dibuat di Pejabat pendaftaran Canton Fair, Online atau di Hotel2 yang dilantik oleh Penganjur Canton Fair.
-Untuk pendaftaran ni saya cadangkan supaya mendaftar secara Online secara percuma, dimana kita boleh jimat RMB100(MYR63). Bukan Jimat duit saja tapi kita tidak buang masa untuk berbaris di sana nanti.



5. VISA
- Untuk memohon kemasukan ke China kita kena ada Visa yang sah yang mana kita kena memohon sedia di China embassy yang berada di malaysia. Cthnya di Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Lumpur.
- Document yang diperlukan adalah Passport yang masih sah selama 6 bulan, 1 keping Gambar berukuran passport(actual size boleh rujuk dalam website china consulate ya), Borang(yang boleh download dalam website china consulate), Tiket kapal terbang, Booking Hotel, Invitation letter untuk Canton Fair.

6. NAME BADGE
-Jikalau membuat pendaftaran secara online, lagi baik terus apply name badge sekali. Untuk pengambilan Name Badge tu pula boleh ambil di mana2 appointed Hotel oleh Canton Fair atau pun terus ke pejabat pendaftaran Canton Fair, tapi kalau ke pejabat pendaftaran canton fair memang kena berbaris lah then kena tunggu at least 1-2 jam. Saya cadangkan terus ke Appointed hotel atau kalau tinggal di appointed hotel lagi senang kerja. hehehe.
Kita berbaris selama 2 jam untuk dapatkan Name Badge huhu
Contoh Name Badge untuk kemasukan ke Canton Fair



Semasa berada di Canton Fair tu memang banyak prodak2 baru dari berbagai syarikat serata China juga dari luar, jadi saya akan kongsikan sedikit tips disini untuk membantu kamu lah ya..

1. Kita tidak perlu pun membeli barang mereka jika kita masih belum yakin.
2. Kita kena bawa Name card sendiri, sebab sesetengah syarikat tu tidak akan memberi katalog jika tidak        mendapat namecard cari kita.
3. Download lah aplikasi Wechat, sebab di china wechat memang popular sekali, malah mereka menjadikan      wechat sebagai tempat mereka berniaga, jadi rajin2 lah add wechat dorg untuk dapatkan info prodak            mereka...manatau tersangkut dengan amoi2 china...uisshh bebeh tau gadis2 china.
4. Kalau planning nak ambil katalog dari mereka..kenalah sediakan luggage kecil/sederhana. sebab                    syarikat2 yang ada di sana bukan 20-30 tapi dekat ribu juga..penat baitu angkat beg penuh katalog....          bagus lagi pakai luggage main tarik2 saja.
5. Kalau nak beli sim-card china, boleh beli di airport dengan harga RMB150-RMB180 kalau tak silap,            tapi saya beli dekat kedai2 tepi jalan saja harga dia dalam RMB90-100. Simcard ni akan tamat selepas        3bulan selepas activate..walaupun kita reload tiap bulan..kalau mau yang tidak tamat punya..kena tanya        penjual tepi jalan tu...normally dorg ada jual juga tapi secara illegal lah, kena tanya baru kasi keluar tak          tanya diam2..dia bagi kita yang biasa punya sama juga macam yang kita beli di airport akan tamat dalam        masa 3 bulan. Tapi harga simcard tu memang mahal dalam RMB190-RMB200 sebab penjual tu cakap        dorg pakai IC orang local disana untuk register tu nombor..jadi selagi kita reload selagi itulah dia tidak          akan tamat.
6. Kena tukar matawang China sedia..dan kalau mau bawa duit emergency jangan bawa MYR... MYR nda      laku di china hahahaha...dorg terima US Dollar dan seanggkatan dengannya saja.
7. Just in case kita kehabisan duit RMB tapi kita ada duit emergency, kebanyakan bank tidak akan                    membenarkan kita tukar duit jika kita tidak mempunyai bank account dengan mereka...jadi satu2nya            Bank yang membenarkan kita menukar duit tanpa membuka akaun dengan mereka adalah ABC Bank,          yang ini kami round satu Guangzhou mencari bank yang buka pada hari Sabtu.
8. Ada juga tempat lain untuk tukar duit iaitu di mall belakang Guangzhou south railway station tapi.....ya            ampun mahal dorg jual. Sebaiknya pergi bank untuk tukar sebab ikut rate semasa.
9. Lagi satu jangan lupa pakai kasut yang selesa, Bawa payung atau pun baju hujan. sebelum tu kena check      juga cuaca disana untuk persediaan baju manatau sejuk kan...macam kawan kami saturang..sudah di            inform bawa baju tahan sejuk..dibawanya jaket nipis..lepas tu pakai seluar pendek lagi, nah sekali sampai      Guangzhou merungut tidak pakai jaket tebal dan seluar panjang hahaha.


Oklah..sampai sini saja untuk hari ini..kalau ada sebarang pertanyaan just komen saja di bawah ya...

sekian,
~Odie de Kodyez~