Wednesday, 11 December 2013

TARIKH YANG SANGAT BERMAKNA

Hari ini 12.12.2013 genaplah setahun menjadi isteri orang...mohon doa yang baik2 saja ya.

lagi tarikh kelmarin sangat cantik 11.12.13 ikut urutan pula kan.. mungkin jadi tarikh yang bermakna bagi artis malaysia yang seksi... siapa lagi kalau bukan Rozita Che Wan dengan pasangannya Zain saidin.

sekian.
^^

Monday, 2 December 2013

SELAMAT.....

Apakah benda yang saya selamat ni?? 
hahahaha.. sebenarnya saya selamat dari mendapat saman "warna merah". 
lah faham ke?? 
emm tak pa biar saya saja yang faham apa yang warna merahnya tu..jangan salah erti tau.. 
yelah bulan ni bajet kurang dapat pula beberapa saman "warna merah" dari yang lain, 
tambah lagi 
kedua-dua kereta masuk "ward" tambah pokai lah aku..walau apa pun ku doakan kebahagiaanmu sepanjang masa...Amen.




kodyez

Friday, 1 November 2013

MAKAN TENGAH HARI

 Cerita pasal makan hmmm... biasanya kalau makan tengah hari saya makan di office punya pantry saja kan selalu bawa bekal, bukan apa untuk mengelakkan pembaziran duit..lagi satu kalau makan kat luar tak tau nak makan apa so bawa bekal saja lah. Bukan aku seorang saja yang bawa bekal yang rehat sewaktu denganya pun membawa juga, kadang2 kami adakan makan bersama(potluck) lagi hehehe... lagi satu pantry kami ni BOS telah sedia kan meja makan, microwave, peti ais(2 pintu), TV (LED), siap apply Astro(biasa) lagi, diamond water filter, built in kitchen, water heater, induction cooker, piring, sudu, sabun dan sebagainya( kira lengkaplah) yang paling penting ada aircond ^___^.

Laaa.. melalut pula cerita ni, okie tadi aku keluar dengan adik( Si Rosel) pergi lunch kebetulan office dia belakang office saya saja, ntah apa angin dia membelanja aku makan..kalau kena belanja makan ni memang saya paling cepat ^___^.

So cari punya cari tempat makan...inanam jadi pilihan, makan apa?? ^___^ makan bubur ayam, chu cheong fun, lihing kaki ayam, dan nasi ayam... lah tempat saya makan dulu dengan si Jitut(nama panggilan untuk si ***** ^^). Sedap?? memang sedap, makanan kedai kopi kan hahaha.. malah sudah berulang kali pigi makan sini(tidak dpt kira sudah) Tanya saja si BOSS dia tau tu...

BAH.. BTW makasi kepada si Rosel kerana membelanja kio.. next saya lagi yang membelanja kau makan... Makan Angin sampai kenyang hahahah..(joking)

^___^

HARI INI HARI JUMAAT, BUKAN HARI SABTU

Ya.. hari ini hari jumaat(TGIF), bukan hari sabtu ya(rasa sangat lucu bila ingat peristiwa yang lalu).

NOVEMBER...lagi bulan yang banyak cuti, belum masuk saturday leave, hari ahad lagi hmm, okie cuti2 untuk saya untuk ini bulan:-

02.11.2013 - Deepavali/ Saturday Leave(week 1)
03.11.2013 - Sunday(Ahad)
04.11.2013 - Cuti Sendiri (Apply Leave)
05.11.2013 - Awal Muharram
10.11.2013 - Sunday(Ahad)
16.11.2013 - Saturday Leave (week 3)
17.11.2013 - Sunday(Ahad)
24.11.2013 - Sunday(Ahad)

**Wah ini bulan saya rehat 8 hari, kerja 22 hari saja ^___^ .

Tiba2 pula cerita pasal cuti... hahaha, saja mau bagitau yang saya sudah on Holiday Mood..

^__^







Thursday, 31 October 2013

LUAHAN MEREKA

 
LEMBU
Sedap-sedap jer korang kata bodoh cam lembu ye?!! ingat aku sekor je ke yang bodoh tak sekolah ? Tu banyak jer binatang lain tak pergi sekolah apsal tak kata bodoh cam kambing ker ayam ker…
 
IKAN HARUAN
Ikut suka aku la nak makan anak aku, aku lapar!!! Yang korang kecoh-kecoh HARUAN MAKAN ANAK nie apahal? kutuk-kutuk aku pun harga aku berapa dah sekilo, mahal kan..kan… kan..
 
KERA
Kenapa lak babitkan nama aku nie ? APASAL MACAM KERA KENA BELACAN ? Aku bukan makan sambal belacan pun~ tak glamer langsung la! Letak la MACAM KERA KENA MANIS GULA kee… manis sikit!
 
KAMBING
Aku tak mandi pun tetap ada harga beb?? Eleh… kata aku tak mandi… tu ayam,arnab lembu tu pun bukannya mandi pun, apasal aku jer yang jadi perbandingan, Ini tak ADIL


 
MURAI
Elehhhh… apa hal jadikan aku perbandingkan lak nie…?? MULUT BISING MACAM MURAI TERCABUT EKOR… .Tu pompuan-pompuan tu lagi la… mulut dorang lagi bising kalau membebel..
 
YANG NI TAK PERLU DIPERKENALKAN….
Serius x faham kenapa orang selalu mencarut guna nama aku?? apa salah akuuuu..??? walaupun aku haram untuk dimakan oleh umat Islam, takkan la sampai nama aku pun korang guna buat bahan mencarut! betul2 x adil neh!



RENUNGAN PARA SUAMI....

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam Mat berdoa,”Ya Tuhanku, aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat di rumah.”
Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengabulkan permintaan Mat. Pagi esoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Selepas itu,  bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan. Selepas menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.
Mat start injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan di simpan dalam peti ais. Kemudian mengambil pakaian kotor untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.
Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Kemudian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang
baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.
Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur…. dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai, bolehlah rasanya nak berehat sikit.
Opps…. belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali dan terus tertidur…. … tak pasti pukul berapa. Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,”Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu…. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja”
Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,”Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kena tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali….”
Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???…Beranaaak? ??…….. Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak taaaaaaaaaaaaaaaaaa akkkkk… !!!
“Bang, bang… Abangggg… apasal niii….??”
Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,”Nab, Nab yang jadi suami atau abang yang jadi suami??? “Laaaaa… tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang yang jadi suami….. Apa punya lawak pagi-pagi buta ni…..”
Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah….. Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh… Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya…. …..
Moral cerita :
Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.. so kepada suami2 di luar sane mahupun di dalam sini..hargai la isteri anda……….
.

Monday, 28 October 2013

LOVE AROUND

Tup Tup Tup.. what on my mind???? ..

Okie..recently i'm addicted to watching Taiwanese drama, until *kena sound loud2 oleh si tuuut* hehe, same as subjected(lol) Love Around.. currently on progress drama watching ^____^. Hmm how to describe the actor/actress ar.. i only can described it as romance, energetic, outstanding bla bla bla...

Synopsis 

While still reeling from the shock of his breakup, Zhou Zhen witnessed a girl, Liang Xiao Shu, getting dumped by her cheating boyfriend and didn't know how to fight back. Zhou stepped in and helped Liang exact revenge. They became friends over the incident. But their budding relationship soon suffered a great blow when Liang inadvertently made enemy with Zhou's father on a radio station. Could their relationship survive parental disapproval or die in its infancy?

Main cast

  • George Hu as Zhou Zhen 周震
  • Annie Chen as Liang Xiao Shu 梁小舒
  • Jack Lee as Gao Zee Zuan 高哲宣
  • Elleya Tao (陶妍霖) as Zhou Ying Ying 周瑩瑩

 Minor cast

  • Tan Ai Zhen as Chen Mei Li 陳美麗
  • Jian Chang as Zhou Da Kuan 周大寬
  • Wang Juan as Tang Hui Shan 唐惠珊
  • Chen Jing Jie (瑤涵沂) as Jessica 潔西卡
  • MC40 (薛仕凌) as James 詹姆士
  • Stephanie Chang as Fei Fei 菲菲
  • Yumi Chiu (邱慧雯) as Yu Mi 玉米
  • Christina Mok (莫允雯) as Chen Ping Ying 陳品穎
  • Zhang Fu Jian as Liang Yi Lei 梁一磊 親
  • Zhao Jie (趙杰) as Fei Li 菲力
  • Yu Jue Ru (余月如) Pei Li 培麗
  • Huang Deng Hui (黃鐙輝)

Cameo appearances

  • Richard Sun (孫國豪) as Zhang Jie Wei 張建偉
  • 楊少文 as Lao Wan (老萬)
  • 紀亞文
  • Li Melanie
  • Bii as Peter
  • Zhao Bo Han (趙柏翰) as Xiao Wei (小威)
  • 劉爾金 as Zhou Sheng Min (周聖敏)


Okie.. weeee... continue watching

^___^

Friday, 30 August 2013

Coming Back

I think i haven't wrote for long time already.. why?? if you ask me then it's so many reason i'll give you ^___^.

hmm. no idea to write then just wanna wrote few word then log off hehe..

bye ^__^