Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja
rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan
setiap hari pergi kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah.
Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.
Satu malam Mat
berdoa,”Ya Tuhanku, aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya
tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa
letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku
dan isteriku. Biar
aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat
merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat di
rumah.”
Tuhan Yang Maha Mengetahui telah
mengabulkan permintaan Mat. Pagi esoknya, ia bangun dari tidur, dan
pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke
bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan
sarapan untuk suami dan anak-anak. Selepas itu, bangunkan anak-anak
dan melayan mereka bersarapan. Selepas menghantar suami yang nak pergi
kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah
dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.
Mat start injin kereta dan bergegas hantar
anak-anak kesekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli
ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru balik ke rumah.
Simpan barang-barang dapur ke dalam
almari dapur dan ikan di simpan dalam peti ais. Kemudian mengambil
pakaian kotor untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur.
Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.
Selesai masak, jam dah pukul 12.45
tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil
anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat
kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah
sangat. Kemudian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis
kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan
tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang
baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam
almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja
lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai
salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum
menyambung apa-apa kerja yang belum siap.
Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke
dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami
dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak
yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur…. dan
macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja
rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai, bolehlah rasanya nak berehat
sikit.
Opps…. belum boleh rehat rupanya. Suami juga
mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami.
Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan
sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali dan terus tertidur…. … tak
pasti pukul berapa. Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun
dan berdoa semula,”Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu…. Aku dah tak
sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat
macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan
kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku
tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa
kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di
rumah dan aku keluar bekerja”
Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara
ghaib berkata,”Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab
persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kena tunggu 9 bulan
10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali….”
Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???…Beranaaak? ??…….. Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak taaaaaaaaaaaaaaaaaa akkkkk… !!!
“Bang, bang… Abangggg… apasal niii….??”
Sergah satu suara disisinya. Mat melompat
bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,”Nab,
Nab yang jadi suami atau abang yang jadi suami??? “Laaaaa… tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang yang jadi suami….. Apa punya lawak pagi-pagi buta ni…..”
Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan
sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah….. Hinggakan
seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh… Nab terkedu
beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya…. …..
Moral cerita :
Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah
Tuhan yang tidak ternilai.. so kepada suami2 di luar sane mahupun di
dalam sini..hargai la isteri anda………..
No comments:
Post a Comment